Harian Metro

Bukan semua ada GST RM70 juta kos angkut barangan

-

Kadar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) negara sebanyak enam peratus adalah kadar paling rendah berbanding kadar GST yang dikenakan negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Beliau berkata, kerajaan terus prihatin dengan mengecuali­kan GST ke atas 578 barangan keperluan.

“Lazimnya mereka (orang tengah) akan menaikkan harga barangan dan salahkan kerajaan kononnya harga naik disebabkan GST.

“Ini tak benar kerana GST sudah kita laksanakan sejak dua tahun lalu, sepatutnya tidak ada kesan sama sekali (pada harga barangan),” katanya ketika melancarka­n Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Far Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), di sini.

Najib juga berkata, hasil daripada GST membolehka­n kerajaan memberi pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita sediakan RM6.8 bilion untuk agihan BR1M tahun ini dan (daripada jumlah itu) di Sabah, RM561 juta untuk Sabah,” katanya menambah, pengagihan BR1M turut membantu ekonomi negara berkembang.

Najib berkata, kerajaan

Kinabalu: Kerajaan Pusat memperuntu­kkan RM70 juta untuk membiayai kos pengangkut­an barangan ke kawasan pedalaman di seluruh Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata peruntukan itu bagi memastikan harga barangan di pedalaman Sabah berada pada kadar mampu dimiliki rakyat di kawasan berkenaan.

sentiasa prihatin dan mendengar nadi rakyat agar langkah penyelesai­an dapat dilaksanak­an.

Pada majlis itu, Najib mengumumka­n penganjura­n karnival diadakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Sebenarnya, harga barangan bukannya tinggi sangat. Tetapi orang tengah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan,” katanya pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Far Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.

Musa berkata, karnival itu yang menawarkan penjualan barangan pada harga rendah, berupaya merancakka­n ekonomi negeri. - BERNAMA

Beliau turut menambah RM5 juta lagi kepada peruntukan RM5 juta sedia ada bagi penganjura­n karnival itu di seluruh negara.

Sempena majlis pelancaran karnival itu, Najib mengumumka­n penjualan barangan asas pada harga istimewa.

Antaranya beras super 10kg yang dijual pada RM23.80 di pasaran dijual pada RM20 untuk 20kg, ayam bulat segar pada RM5 seekor (RM8.50 sekilogram harga pasaran) dan daging lembu segar pada RM15 sekilogram (RM25 sekilogram harga pasaran).

Najib juga menyerahka­n zakat korporat SSM berjumlah RM200,000 dan sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) SSM Prihatin RM200,000 kepada Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Zakat korporat itu akan diagihkan kepada 1,000 orang asnaf termasuk beberapa surau dan masjid di sekitar Sabah manakala sumbangan CSR itu pula akan diagihkan kepada 2,000 penduduk Sabah yang layak.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner. - BERNAMA

 Kadar di Malaysia paling rendah berbanding GST dikenakan negara lain

 ??  ?? NAJIB bersama Musa diiringi Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin sempat meluangkan masa melayan pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Fair 2018 Peringkat...
NAJIB bersama Musa diiringi Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin sempat meluangkan masa melayan pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Fair 2018 Peringkat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia