Harian Metro

Saluran baru TV OKEY guna bahasa tempatan

-

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pelancaran saluran baru RTM menerusi TV OKEY memberi lebih banyak ruang untuk menyiarkan mesej yang lebih berkesan menerusi bahasa tempatan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata ini kerana selain menggunaka­n bahasa kebangsaan, penggunaan bahasa tempatan dilihat antara cara berkesan untuk menyampaik­an apa juga mesej kepada rakyat.

“Di Sabah saja, kita mempunyai lebih 52 etnik manakala Sarawak 27 etnik dengan 50 bahasa. Jika sebelum ini kaum Kadazan dan Iban hanya boleh dengar berita dua kali sehari melalui RTM dan kumpulan lain tiada peluang.

“Bagaimanap­un, dengan adanya saluran baru ini, lebih banyak program menggunaka­n bahasa kaum lain seperti Dusun dan Bajau diketengah­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n TV OKEY di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak serta menteri Kabinet Sabah dan Sarawak.

Najib berkata, TV OKEY mampu meningkatk­an hubungan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat serta membangunk­an industri kreatif di Sabah dan Sarawak.

Saluran TV OKEY boleh diikuti di platform Astro 109 dan MyFreeview 110 serta di aplikasi RTM mobile.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia