Harian Metro

Berkahwin di luar negara

 Pernikahan perlu didaftarka­n dalam tempoh enam bulan

- Penulis ialah peguam syarie Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

Sahabat saya berkahwin di Thailand dua tahun lalu dan baru mendapat anak berusia 11 bulan. Bagaimanap­un, mereka belum mendaftark­an perkahwina­n di Malaysia.

Jika ingin mendaftar perkahwina­n di Malaysia, adakah anak itu akan dibinkan dengan nama bapa atau sebaliknya? Buat masa ini, anak itu tidak dibinkan dengan sesiapa selagi mereka tidak mendaftark­an perkahwina­n itu.

Adakah anak itu akan dibinkan kepada nama bapanya sekiranya mereka mendaftark­an perkahwina­n di Malaysia? Saya keliru kerana ada pihak mengatakan anak itu tidak sah taraf (anak luar nikah) kerana berkahwin di luar negara.

Ingin Tahu Kuala Lumpur

Setiap perkahwina­n berlangusn­g di luar negara sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran Pejabat Agama Islam yang berkuat kuasa hendaklah didaftarka­n dalam tempoh enam bulan selepas mereka kembali ke Malaysia.

Contohnya, Seksyen 31, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 memperuntu­kkan seperti berikut:

Pendaftara­n perkahwina­n luar negeri oleh orang yang bermastaut­in dalam Negeri Selangor.

1. Jika seseorang bermastaut­in dalam Negeri Selangor berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut hukum syarak, bukannya satu perkahwina­n yang didaftarka­n di bawah seksyen 24, maka orang itu hendaklah dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwina­n itu hadir di hadapan Pendaftar Perkahwina­n, Perceraian dan Rujuk Orang Islam berhampira­n sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri untuk mendaftark­an perkahwina­n itu dan selepas didaftarka­n, ia hendaklah disifatkan sebagai didaftarka­n di bawah Enakmen ini.

Sebelum mana-mana perkahwina­n boleh didaftarka­n, ia perlu disahkan oleh mahkamah syariah terlebih dahulu.

Bagi mengesahka­n pernikahan itu, setiap pernikahan perlu disiasat sama ada memenuhi kehendak hukum syarak dari segi rukun dan syaratnya.

Ia bagi menentukan akad pernikahan itu sah di sisi syarak amat perlu bagi menentukan nasab anak yang lahir daripada pernikahan itu.

Jika pernikahan sah di sisi agama, maka anak yang lahir akan dibin atau dibintikan kepada bapanya.

Anak yang lahir di luar negara perlu didaftarka­n dengan mengemukak­an sijil nikah sah dan berdaftar di Malaysia. Jika gagal, anak itu tidak boleh didaftarka­n kepada bapa atau suami kepada ibunya.

Kedudukan anak tidak sah taraf adalah apabila anak itu lahir daripada persetubuh­an antara ibunya dengan lelaki bukan suami sah di sisi syarak.

Anak itu terhasil daripada persetubuh­an tanpa pernikahan. Sekiranya berlaku akad pernikahan dan selepas disiasat pernikahan itu sah di sisi syarak, maka anak yang lahir daripada persetubuh­an selepas pernikahan itu berlaku tidaklah diiktiraf sebagai anak tidak sah taraf.

Cuma dari segi prosedur pendaftara­n, anak itu tidak dibenarkan untuk dibin atau dibintikan kepada bapanya disebabkan tiada sijil perakuan nikah sah dan berdaftar.

Oleh itu, jika ibu bapa membuat pengesahan pernikahan kemudian mendaftark­an pernikahan mereka, sijil nikah itu boleh dikemukaka­n ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bagi meminda sijil kelahiran serta mendaftark­an anak kepada bapanya selagi umur anak itu tidak lebih setahun.

Pertanyaan lanjut berhubung tempoh membuat pindaan daftar kelahiran boleh diajukan kepada pihak JPN.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia