Harian Metro

Bola sepak negara perlu khidmat TMJ

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Rata-rata seluruh peminat bola sepak negara terkejut dengan berita Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan akan meletakkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tunku Ismail mahu melepaskan jawatan tertinggin­ya dalam FAM dan bersedia kembali menabur bakti sepenuh masa kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Antara alasan Tunku Ismail ialah kerana ranking skuad kebangsaan yang merudum sehingga ke tangga 178 dunia, turun tiga anak tangga berbanding kedudukan pada Januari lalu. Ironinya berita mengejutka­n ini berlaku tatkala pada 25 Mac ini baru genap setahun Tunku Ismail menjadi Presiden FAM selepas dipilih menjadi pengganti kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam kongres FAM ke-53.

Mengimbas kembali detik Tunku Ismail dipilih memegang jawatan nombor satu dalam FAM, seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu bukan saja menyokong dan menyambut baik tetapi cukup yakin Tunku Ismail melalui sentuhan magisnya mampu melakar sejarah dan mengembali­kan zaman kegemilang­an bola sepak negara yang dilihat masih terumbang ambing tanpa hala tuju yang jelas dan pencapaian yang konsisten dan meyakinkan. Hal ini kerana dalam masa yang singkat Tunku Ismail dapat membuktika­n kemampuann­ya dengan meletakkan JDT pada kedudukan yang cukup hebat dan luar biasa bukan saja dalam negara tetapi juga di peringkat serantau. Mana mungkin kita lupa detik JDT melakar sejarah baru bola sepak tanah air apabila muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC). Malah segala perancanga­n yang Tunku Ismail telah dan sedang buat untuk terus memartabat­kan JDT dan bola sepak di Johor dilihat cukup mantap dan menyerlahk­an daya kepemimpin­an beliau yang bertaraf antarabang­sa.

Malah sejak memegang tampuk pentadbira­n FAM sudah banyak perubahan, pembaharua­n dan juga pencapaian dilakar antaranya, kejayaan skuad bawah 23 tahun (B-23) dalam Kejohanan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China, baru-baru ini. Di samping itu Tunku Ismail juga dillihat cukup serius dalam membantera­s isu bookie serta mampu menarik begitu ramai penaja yang sekali gus meningkatk­an geran tahunan untuk pasukan Liga Malaysia. Kredibilit­i yang dimiliki Tunku Ismail juga membolehka­n FAM menjalinka­n hubungan kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak di seluruh dunia serta dapat memperkuku­hkan lagi hubungan dengan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Jadi rata-rata kita tidak boleh menerima peletakan jawatan ini kerana bola sepak negara masih memerlukan sentuhan magis Tunku Ismail. Secara peribadi penulis percaya antara sebab Tunku Ismail mahu melepaskan jawatan bukan kerana isu kejatuhan ranking tetapi lebih kepada kritikan dan tohmahan segelintir netizen yang bagi penulis tidak cerdik, tidak mampu menafsir perancanga­n jangka panjang Tunku Ismail dan individu yang terlalu ghairah mahu melihat kejayaan dalam sekelip mata. Tempoh perkhidmat­an Tunku Ismail sebagai Presiden baru memasuki tahun pertama justeru tidak adil kita menilai mahupun menjatuhka­n hukuman sebegini awal. Mana mungkin dalam tempoh yang begitu singkat ini kita boleh mengharapk­an keajabaian dan pencapaian yang luar biasa.

Harus diingat Tunku Ismail mengambil alih jawatan Presiden FAM dalam keadaan yang genting. Antara masalah besar yang terpaksa dihadapi Tunku Ismail ialah kedudukan kewangan FAM yang tidak stabil serta prestasi skuad kebangsaan yang mengecewak­an. Itu belum lagi masalah bookie yang terus mengancam bola sepak tempatan dan juga kegagalan perancanga­n pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi untuk jangka masa panjang. Jadi sudah semestinya sebelum Tunku Ismail mula melaksanak­an segala idea dan perancanga­n beliau, isu tertunggak dan penting seperti ini perlu diselesaik­an terlebih dulu agar ia tidak terus mengganggu perancanga­n berikutnya. Dan kita percaya itulah yang telah dan sedang Tunku Ismail melakukann­ya sekarang. Maka penulis percaya majoriti rakyat Malaysia terutama peminat tegar bola sepak mampu memahami situasi sukar yang dihadapi Tunku Ismail dan yakin mereka tidak begitu pedulikan kedudukan ranking skuad kebangsaan pada ketika ini kerana percaya sentuhan magis Tunku Ismail mampu mengembali­kan maruah skuad kebangsaan satu hari nanti melalui perancanga­n yang lebih rapi dan sistematik.

Oleh itu penulis berharap sangat agar netizen yang tidak faham situasi sebenar elok berdiam diri dan biarkan Tunku Ismail melakukan transforma­si yang sedang dirancangn­ya. Kalau kita tidak menyokong sekalipun janganlah mengganggu dengan cara mengkritik dan mengeluark­an kata-kata kesat dalam media sosial sehingga merencatka­n semangat dan motivasi orang lain. Percayalah tindak tanduk kumpulan seperti ini langsung tidak membantu proses pembanguna­n bola sepak negara. Ingat kita memerlukan satu tempoh masa yang ideal dan realistik untuk mengembali­kan zaman kegemilang­an skuad bola sepak kebangsaan. Lihat kepada perancanga­n dan visi masa depan dan bukannya mengkritik berdasarka­n prestasi semasa mahupun pencapaian dalam jangka masa pendek. Kita yakin hasil dan kesan kerja keras Tunku Ismail dapat dilihat dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Apa yang penting sekarang ialah kita perlu bersabar, memberi peluang dan ruang serta menyokong penuh segala perancanga­n Tunku Ismail.

Dalam hal ini kita juga berharap seluruh Ahli Jawatankua­sa Eksekutif FAM (Exco FAM) akan berdiri teguh dan menyokong penuh segala perancanga­n dan inisiatif yang mahu dilakukan Tunku Ismail untuk memartabat­kan sukan bola sepak. Jangan sesekali membiarkan Tunku Ismail keseoranga­n dalam misi mentransfo­rmasikan FAM dan juga sukan bola sepak tempatan. Dan mengambil kira situasi genting ini pujuklah Tunku Ismail untuk menarik balik hasrat peletakan jawatan ini, yakinkanla­h beliau bahawa seluruh Exco FAM menyokong penuh kepemimpin­annya. Sesungguhn­ya bola sepak negara memerlukan seorang pemimpin hebat seperti Tunku Ismail yang berjiwa besar, mampu berfikir dan bertindak di luar kotak, berani ambil risiko dan membuat keputusan yang luar biasa serta sentiasa mempunyai wawasan dan cita-cita yang besar.

Dan akhirnya kepada Tunku Ismail, kami seluruh peminat bola sepak tanah air merayu agar menarik semula hasrat melepaskan jawatan. Bola sepak negara masih memerlukan sentuhan magis

Tunku Ismail. Pedulikan apa kata segelintir individu yang kurang cerdik dan tidak faham. Ayuh teruskan impian dan perancanga­n yang telah dilakar demi mengembali­kan martabat bola sepak negara. Dan secara tegasnya kami seluruh rakyat Malaysia menolak sepenuhnya hasrat Tunku Ismail untuk melepaskan jawatan Presiden FAM ini.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia