Harian Metro

Tuntut semangat berpasukan

-

Kuala Selangor: Semangat berpasukan kepemimpin­an dan ahli parti Barisan Nasional (BN) di Selangor dituntut bagi memastikan usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menjadi kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Selangor terus gagal dirampas Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika pemimpin serta ahli parti di negeri ini gagal bekerja sebagai satu pasukan.

Menurutnya, sikap mementingk­an diri sendiri harus diketepika­n sama sekali dalam kalangan semua parti komponen BN, sekali gus memastikan kecacatan sifar bagi memenangi PRU-14.

“Kita kena terjemahka­n kesepakata­n BN kerana kejayaan BN selama ini berpaksika­n kesepakata­n.

“Contohnya pada PRU-13, kita menang Parlimen Kuala Selangor pun dengan 460 undi. Kita tidak menang dengan selesa dan banyak kerja kena buat lagi.

“Ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Kuala Selangor pun kena beri perkhidmat­an terbaik. BN mesti kekalkan DUN Jeram dan Bukit Malawati serta merampas kembali Ijok,” katanya.

Beliau berucap pada Program Sentuhan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, rakyat di Selangor perlu menolak pemimpin bermusim yang hanya muncul ketika pilihan raya untuk mempengaru­hi pengundi bagi menyokong parti tertentu.

“Di Selangor ada golongan ‘kelawar politik’ yang hanya membuat kerja pada musim buah-buahan saja. Apabila tiba musimnya, kelawar ini berterbang­an mencari buah,” katanya.

Kejayaan BN selama ini berpaksika­n kesepakata­n”

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia