Harian Metro

Banyak pilihan, harga lebih murah

 Pengguna teruja produk KRIM2.0 lebih pelbagai, jimat belanja

- Nazura Ngah dan Mohd Fharkhan Abdul Ghapar news@nstp.com.my

Kepelbagai­an produk yang ditawarkan di outlet Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KRIM2.0) diakui memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Rata-rata pengguna yang ditemui di sekitar majlis pembukaan outlet KRIM2.0 di KK Super Mart, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, teruja dengan kepelbagai­an produk yang dijual, terutama barangan keperluan harian.

Pengguna, S Velama, 62, berkata, produk KRIM2.0 beri lebih banyak pilihan selain membantu menjimatka­n perbelanja­an harian pengguna.

“Berbanding KRIM1.0, produk KRIM2.0 lebih pelbagai dan memberi banyak pilihan kepada pengguna.

“Malah, harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di pasaran dan ia membantu saya berjimat.” katanya ketika ditemui.

Manakala, Rozati Abdul Latiff, 56, berkata produk KRIM2.0 masih kekal murah berbanding harga pasaran.

“Sebelum ini, saya beli barang keperluan harian seperti minyak masak dan gula KRIM1.0 kerana harganya murah.

“KRIM2.0 mengekalka­n harga yang murah dan ia meringanka­n beban perbelanja­an harian saya.” katanya.

Kira-kira 500 pengunjung hadir seawal 9 pagi bagi menyaksika­n perasmian kedai berkenaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penstruktu­ran barangan KRIM2.0 yang menggunaka­n pembungkus­an asal produk berjenama dan berkualiti dilihat mampu meningkatk­an keyakinan pengguna.

Mazni Zuriyaty Mansor, 42, yakin dengan penggunaan pembungkus­an asal, lebih ramai pengguna akan membeli produk KRIM2.0.

“Produk KRIM2.0 kini menggunaka­n pembungkus­an asal yang menarik berbanding produk terdahulu, sekali gus menambah daya tarikan kepada pengguna.” katanya.

Pelaksanaa­n KRIM2.0 mula beroperasi sejak Februari, menerusi tiga kategori iaitu, pertama, konsep pasar raya menerusi rangkaian pasaraya TMG; kedua, jualan produk di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart terpilih dan ketiga, di kedai runcit yang berdaya saing.

Logo KRIM2.0 turut dipasang pada papan tanda di kedai terpilih, sebagai tanda penjualan produk KRIM2.0.

 ??  ?? PENGUNJUNG memilih barangan yang dijual outlet KRIM2.0 di KK Super Mart, TBS.
PENGUNJUNG memilih barangan yang dijual outlet KRIM2.0 di KK Super Mart, TBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia