Harian Metro

Pantau kenderaan berat langgar peraturan Elaun khas anggota bomba

- Syed Umar Ariff, Rohaniza Idris, Meor Riduwan Meor Ahmad, Nur Lela Zulkipli, Suhael Adnan, and Siti Nur Mas Erah Amran. cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkut­an Jalan Raya (JPJ) sentiasa menjalanka­n pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan berat yang melanggar peraturan jalan raya termasuk membawa lebih muatan hingga mengundang kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Aziz Kaprawi berkata, biarpun statistik menunjukka­n punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia disebabkan kecuaian pengguna jalan raya, tidak dinafikan kenderaan berat juga menyumbang masalah itu.

“JPJ sentiasa pantau, kenderaan berat yang melebihi muatan tidak ikut peraturan dan ia akan mudah membabitka­n kemalangan.

“Selain itu, kenderaan berat seperti lori ini perlu diurus penjagaan supaya sistem brek tidak luar kawalan dan tayar yang digunakan menepati Sirim,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS- Bukit Gantang), pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Idris mahu tahu apakah tindakan drastik kementeria­n dalam mengatasi kemalangan yang berpunca daripada pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori yang tiada sivik.

Sementara itu, menjawab soalan utama Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), Aziz berkata, pelbagai program dilaksanak­an JPJ bagi meningkatk­an hubungan mesra agensi itu dengan pengguna jalan raya dan kelab permotoran di negara ini.

Beliau berkata, pada masa sama, program dilaksanak­an itu juga bertujuan mendidik masyarakat dan ahli kelab permotoran supaya lebih berdisipli­n di jalan raya sekali gus membendung peningkata­n kadar kemalangan.

Kerajaan mewujudkan elaun khas RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkuat kuasa 1 April ini.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, kewujudan elaun yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 13,342 anggota JPBM di seluruh negara itu bagi menghargai jasa dan khidmat mereka dalam menghulurk­an bantuan ketika berlaku bencana.

Beliau turut mengumumka­n penambahan elaun RM2 bagi anggota bantuan bomba daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam bagi anggota manakala bagi pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80.

“Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan permohonan dengan menghadiah­kan elaun khas bagi menghargai jasa anggota penyelamat yang banyak berkorban dalam memastikan keselamata­n rakyat terjamin.

“Anggota JPBM sentiasa terdedah kepada bahaya, malah berisiko kehilangan nyawa semasa menjalanka­n operasi menyelamat dan sebagainya, jadi pemberian elaun khas ini adalah sangat relevan,” katanya ketika menggulung ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang Dipertuan Agong di sini, semalam.

Katanya lagi, elaun khas itu turut membabitka­n implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM2.6 juta sebulan bersamaan dengan RM32 juta setahun.

“Elaun khas RM200 ini sudah pun diberikan kepada anggota polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkua­saan

Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) sebelum ini.

“Mungkin elaun khas bagi JPBM kita terlepas pandang, namun sekarang peruntukan elaun khas ini sudah diluluskan untuk dinikmati oleh semua anggota bomba,” katanya.

Beliau berharap elaun khas itu dapat menjadi pendorong kepada semua anggota JPBM supaya dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang sekali gus meningkatk­an mutu kerja dan produktivi­ti pada masa depan.

 RM200 sebulan berkuatkua­sa 1 April

 ??  ?? NOH
NOH
 ??  ?? AZIZ
AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia