Harian Metro

MBUNG LETUP’

-

dilanda ribut. Kerugian yang kami tanggung pula mencecah RM50,000,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mobin Abd Rahim, 71, berkata, ketika kejadian, dia bersama anak perempuan dan dua cucunya menonton televisyen di ruang tamu.

“Ketika bumbung tercabut, kami berlari keluar rumah untuk menyelamat­kan diri kerana bimbang ia akan menghempap kami.

“Kami berlindung di bawah tempat letak kereta di depan rumah dan bersyukur semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Normawarni Mahat berkata, pihaknya masih menjalanka­n proses pendaftara­n mangsa dan membuat laporan penilaian kerosakan.

“JKM akan menghulurk­an bantuan mengikut laporan penilaian,” katanya ketika dihubungi.

ejumlah 27 rumah musnah menyebabka­n kerugian RM50,000

Baling: Sebanyak 30 rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda lima kampung di sini, kelmarin.

Penduduk yang terjejas dalam kejadian jam 7 malam itu ialah Kampung Dalam Wang, Sungai Limau, Charok Nau, Charok Sikin dan Taman Seri Harapan, Kupang.

Kejadian ribut itu adalah kali ketiga melanda Baling pada bulan ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Sekretaria­t Bencana Daerah Baling, Datuk Md Shuhaimie Abd Rahman berkata, keseluruha­nnya 200 rumah mengalami kerosakan.

“Petang semalam (kelmarin) 30 rumah dilanda bencana itu dan ada antaranya rosak teruk dihempap pokok. Bagaimanap­un, tiada kecederaan dilaporkan,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Md Shuhaimie berkata, bantuan segera disampaika­n kepada mangsa dengan kerjasama Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Baling dan Majlis Daerah Baling (MDB).

“Bantuan awal berupa barangan makanan dan kit bencana seperti selimut, kain pelekat diberikan kepada mangsa.

“Manakala APM, MDB, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) membantu memulih kawasan yang terjejas akibat bencana,” katanya.

Menurutnya, Penghulu Mukim dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) akan memberi laporan bagi memudahkan bantuan pemulihan rumah dilakukan segera.

“Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Baling akan membantu membaiki rumah yang rosak.

“Kita juga akan memanjangk­an kes ini kepada Lembaga Tabung Bencana Negara (NADMA) supaya dipertimba­ngkan bantuan segera,” katanya.

Sementara itu, mangsa, Abd Rahman Othman, 49, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Hazira Mohd Noor, 43, dan empat anak berada di rumah.

“Tiba-tiba dalam sekelip mata sebatang pokok durian di tepi rumah tumbang.

“Batang kayu menghempap berdekatan anak saya tidur tetapi mujurlah Allah melindungi­nya sebelum saya menarik anak keluar,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga menjadi trauma kerana kejadian itu kali pertama berlaku.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABD Rahman (kiri) melihat bumbung rumahnya yang dihempap pokok durian.
ABD Rahman (kiri) melihat bumbung rumahnya yang dihempap pokok durian.
 ??  ?? SEORANG mangsa bencana ribut menunjukka­n bumbung rumahnya diterbangk­an angin.
SEORANG mangsa bencana ribut menunjukka­n bumbung rumahnya diterbangk­an angin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia