Harian Metro

‘Kami dah bosan’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 30 rumah di Kampung Sungai Penchala Dalam dinaiki air setinggi 0.5 meter

“Keadaan sungai yang tidak diselengga­ra antara penyebab kejiranan kami mudah dinaiki air. Hujan lebat tidak sampai satu jam pun sudah banjir,” kata Azilah Wahid, 37, mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Penchala Dalam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, lebih 30 kediaman di kejiranan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter susulan hujan lebat sejam itu.

Menurut Azilah, banjir kilat semalam ialah kejadian kedua tahun ini menyebabka­n mereka menanggung kerugian akibat perabot dan kelengkapa­n kediaman rosak. “Baru bulan lalu banjir kilat. Semalam (kelmarin) kena lagi, kejadian paling teruk pada tahun lalu. Kedudukan rumah kami cuma empat meter saja dari tebing sungai, bila alirannya tersekat air melimpah ke kediaman penduduk. “Sudah sampai masanya sungai itu dikorek dan diselengga­ra untuk mengelakka­n

di kawasan aliran tersekat. Seingat kami kali terakhir penyelengg­araan sungai ini dilakukan beberapa tahun lalu,” katanya.

Azilah yang juga penduduk asal kejiranan itu mendakwa projek pembanguna­n yang rancak di kawasan bukit berhampira­n turut menyebabka­n berlaku banjir kilat.

“Aktiviti penggondol­an bukit dan penebangan hutan giat dilakukan untuk pembanguna­n projek banglo mewah dan kondominiu­m.

“Bila berlaku hujan lebat, air akan terus mengalur ke sungai akibat tidak ada kolam tadahan, berikutan itu kami tinggal di kawasan rendah jadi mangsa,” katanya.

Berikutan itu Azilah berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Pengairan Saluran (JPS) peka dengan masalah dihadapi mereka yang sudah berlarutan dalam tempoh lama.

 ??  ??
 ??  ?? BANJIR kilat di Kampung Sungai Penchala Dalam, kelmarin.
BANJIR kilat di Kampung Sungai Penchala Dalam, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia