Harian Metro

Suami isteri nafi eksploitas­i amah

-

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memperdaga­ngkan pembantu rumah mereka untuk bekerja secara paksa dengan menggunaka­n kekerasan, lima tahun lalu.

Fong Yik Cheat @ Fong Siang Chin, 46, dan suaminya Cheng Ming Soon, 45, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama memperdaga­ngkan mangsa, seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun bagi maksud eksploitas­i kerja paksa dengan cara kekerasan di rumah Desa Park City, Kepong, Sentul, di sini, pada jam 1.20 petang, antara 17 September 2013 dan 21 Februari lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Penyeludup­an Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam manakala tertuduh diwakili peguam Datuk B Jayanthi Devi.

Terdahulu, Najwa tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh dan memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu pasport kedua-dua tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.

Jayanthi bagaimanap­un memohon mahkamah membenarka­n jaminan yang rendah terhadap kedua-dua anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarka­n kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 April depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia