Harian Metro

RM66,020 dalam beg LV

- Murni Wan Omar

 Gambar panorama Tree Of Serenity turut dikemukaka­n di mahkamah

murni@nstp.com.my

Enam bantal dan dua helai selimut berjenama Scandia Home dikemukaka­n sebagai bahan bukti dalam perbicaraa­n kes membabitka­n bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementeria­n Belia Sukan (KBS) Otman Arsahd, 58, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asmawi Kulup Lam, 37, dalam keterangan­nya mengesahka­n bantal dan selimut disita itu adalah milik Otman.

Selain itu, gambar panorama karya Peter Lik turut dikemukaka­n di mahkamah dan ditandakan sebagai bukti.

Terdahulu, mahkamah diberitahu wang tunai berjumlah RM66,020 dan mata wang asing antaranya dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Singapura serta Dirham ditemui di dalam bag yang disita milik Otman Arsahd, 58.

Asmawi berkata, wang itu ditemui di dalam dua beg berjenama Emporio Armani dan Louis Vuitton.

“Di dalam beg kami menjumpai wang tunai RM100 sebanyak 365 keping, wang tunai RM50 sebanyak 539 keping, RM20 sebanyak 67 keping dan RM10 sebanyak 107 keping.

“Mata wang asing pula antaranya ialah dolar Singapura 1,000 sebanyak dua keping (RM5,958), Euro 50 sebanyak 36 keping (RM8,667) dan USD 100 sebanyak 16 keping (RM6,282),” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Husmarudin Husin.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung hari ini.

Otman dibicaraka­n selepas mengaku tidak bersalah terhadap 32 pertuduhan menyalah guna kedudukan dan membuat tuntutan palsu bernilai RM38.4 juta di pejabat MSN, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, antara 2 Mei 2012 hingga 18 November 2015.

Otman turut didakwa bersama ahli perniagaan Siti Rohanah Hussien, 43, dan suaminya Abdul Gafar Abdurahima­n, 43, atas 190 pertuduhan membabitka­n aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16.63 juta, empat tahun lalu.

Otman diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos.

 ??  ?? NIK Aris diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah, semalam.
NIK Aris diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah, semalam.
 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa sebahagian barang kes ke mahkamah, semalam.
PEGAWAI SPRM membawa sebahagian barang kes ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia