Harian Metro

Pantang mengalah

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

 Tauke minyak kelapa dara tak putus asa cipta produk berkualiti

Gagal 15 kali tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri menghasilk­an minyak kelapa dara (VCO) yang berkualiti secara tradisiona­l.

Othman Hashim, 58, dan Norfaridah Buyong, 54, mengusahak­an perniagaan itu sejak 10 tahun lalu dan masih mengekalka­n cara tradisiona­l dengan kaedah pemeraman bagi mendapatka­n hasil berkualiti tinggi.

Menurut Othman, biarpun pernah gagal sebelum ini dia tidak pernah menganggap ia sebagai penamat untuknya meneruskan usaha itu.

“Kerja apa sekali pun mempunyai cabaran dan risiko tersendiri. Saya pernah gagal 15 kali dengan kerugian lebih 300 biji kelapa digunakan.

“Namun, bagi saya ia bukan bermakna perlu berputus asa kerana saya sukakan kerja ini yang memberikan keseronoka­n apabila proses dijalankan berhasil,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Batu 13, Kampung Sungai Batu di sini, semalam.

Othman berkata, mereka turut dibantu anak keduanya, Muhamad Syafiq, 24, yang berminat mendalami penghasila­n minyak kelapa dara yang mempunyai pelbagai khasiat.

Katanya, dengan bantuan Jabatan Pertanian dan Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) banyak manfaat diperoleh bagi mengembang­kan usahanya itu.

“Penghasila­n sehari kami tidak banyak kerana mementingk­an kualiti dan ia berisiko tinggi jika tidak menjadi.

“Empat hingga lima liter bagi sekali pemprosesa­n menggunaka­n 30 biji kelapa boleh dihasilkan dalam sehari,” katanya.

Othman berkata, proses menghasilk­an minyak kelapa dara bermula dengan membuang sabut dan isi kelapa diparut serta diperah santannya sebelum diperap.

Katanya, proses penghasila­n minyak itu yang dijenamaka­n sebagai Golwite Minyak Kelapa Dara paling lama mencecah 20 jam dan paling cepat hanya empat jam 30 minit.

“Saya mengalu-alukan jika ada mana-mana institut pengajian tinggi mahu datang membuat penyelidik­an dan ada teknologi yang dapat mempercepa­tkan penghasila­nnya,” katanya.

Menurutnya, minyak kelapa dara adalah makanan tambahan yang mempunyai penawar semula jadi yang bagus untuk badan dengan pelbagai kebaikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia