Harian Metro

‘Hati kami masih pedih’

- Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

 Tiga yatim piatu tidak dapat maafkan pembunuh ibu bapa, adik

“Saya belum dapat memaafkan pembunuh yang menyebabka­n kami yatim piatu sekelip mata,” kata Kha Xing Faye, 20, yang kehilangan ibu bapa serta adik lelakinya, November lalu.

Bapa Xing Faye iaitu Kha Eng Ni, ibunya Chua Joo Seok dan adik Kha Zee Hanz mati dibunuh pekerja mereka di Taman Bahagia, Wa- kaf Mek Zainab jam 2.30 petang, 15 November.

Kejadian malang itu mengakibat­kan Xing Faye dan dua adik perempuann­ya, Kha Xing Rhuu, 16, dan Kha Xing Shyen, 9, hilang tempat bergantung dan kini menumpang kasih ahli keluarga lain.

Xing Faye berkata, sehingga kini mereka trauma dengan apa yang berlaku dan sukar memaafkan pelaku terbabit yang masih dalam buruan polis.

“Sukar melupakan kejadian itu apatah lagi melihat mendiang ibu bapa dan adik dalam keadaan berlumuran darah dan dibunuh kejam.

“Saya tidak boleh memaafkan pembunuh itu, begitu juga adik. Kami harap polis menahan pembunuh itu segera untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya semalam.

Xing Faye ditemui ketika penyerahan cek tabung kebajikan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Kelab Lion Kota Bharu.

Menurutnya, dia baru memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan kini menunggu tawaran memasuki universiti.

“Saya memperoleh PNGK 3.00 dan berhasrat melanjutka­n pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya mahu bina masa depan yang lebih baik demi dua adik saya. Hanya mereka saja yang ada,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan MCPF, Kelvin Yeap berkata, tabung itu dilancarka­n Disember lalu dan mengumpul RM8,000 hasil sumbangan orang perseorang­an dan kelab kebajikan.

“Hari ini kami menyerahka­n RM7,000 dan bakinya diserahkan kepada pihak sekolah Xing Rhuu untuk yuran dan keperluan lain,” katanya.

 ??  ?? KELVIN (empat kiri) menyampaik­an cek kepada Xing Faye di Taman Bahagia, semalam.
KELVIN (empat kiri) menyampaik­an cek kepada Xing Faye di Taman Bahagia, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian
Metro 17 November lalu.
LAPORAN Harian Metro 17 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia