Harian Metro

Salah guna nama, logo

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengenal pasti satu aplikasi menyalahgu­nakan nama dan logo Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang memberi tanggapan ia adalah aplikasi rasmi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ASNB.

ASNB melalui pengurus ASB dalam satu kenyataan berkata, aplikasi berkenaan mempunyai fungsi untuk semakan informasi ASB, ASNB dan PNB.

“ASNB selaku pengurus kepada ASB dan bagi pihak pemegang amanah, Amanah Raya Trustee Berhad, ingin memaklumka­n pihak ASNB mengenal pasti terdapat aplikasi Internet di menggunaka­n nama ASB, PNB, ASNB dan ASB Kalkulator.

“Aplikasi berkenaan menyalahgu­nakan nama dan logo ASB iaitu salah satu tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB. ASNB anak syarikat milik penuh PNB,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut kenyataan itu, pihak PNB tidak mempunyai pengetahua­n dan tidak pernah terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan aplikasi berkenaan selain logo PNB, ASB dan ASNB yang tertera di laman aplikasi itu di juga digunakan tanpa kebenaran.

“Sehubungan itu, pihak ASNB ingin memaklumka­n kepada orang ramai yang aplikasi berkenaan dan isi kandungan dinyatakan

 ASNB kenal pasti aplikasi sedia untuk dimuat turun tak diiktiraf

dalam aplikasi berkenaan tidak diiktiraf dan ia beroperasi tanpa pengetahua­n serta kebenaran pihak kami.

“Pemegang Amanah, ASNB dan PNB tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan aplikasi berkenaan dan isi kandungan dinyatakan di dalamnya.

“Pihak kami dan ejen dilantik oleh ASNB tidak akan bertanggun­gjawab terhadap sebarang kerugian dialami mana-mana pihak akibat daripada maklumat atau kenyataan di dalam aplikasi berkenaan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumka­n, pihak yang mempunyai pengetahua­n mengenai pengendali­an aplikasi berkenaan atau mengenai pengendali diminta menghubung­i ASNB di talian 03 20573000.

 ??  ?? APLIKASI yang menggunaka­n nama dan logo PNB tanpa kebenaran.
APLIKASI yang menggunaka­n nama dan logo PNB tanpa kebenaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia