Harian Metro

KM Tok Bali perkuat kawalan di pantai timur

-

Kuantan: Keupayaan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga perairan pantai timur Semenanjun­g Malaysia akan diperkuatk­an dengan kehadiran kapal maritim baru iaitu KM Tok Bali pada penghujung April ini.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, kapal ronda generasi baru dengan teknologi terkini itu adalah kapal buatan tempatan dan akan ditempatka­n di Markas Maritim di Tok Bali, Kelantan.

Menurutnya, kapal dilengkapi dengan pesawat tanpa pemandu (UAV) berperanan dalam melakukan tugas rondaan dan pemantauan di kawasan operasi selain dilengkapi dengan selaras meriam.

“KM Tok Bali adalah kapal besar yang mampu berada di kawasan perairan dalam jangka 10 hari dan boleh membawa lebih muatan seperti bahan api serta makanan untuk kegunaan ketika operasi di kawasan perairan di wilayah ini.

“Kami yakin dengan kemampuan aset baru ini terutama dalam menjalanka­n tugas rondaan kerana ia boleh membawa 41 kru dalam satu masa, sekali gus menjadikan­nya aset terkini dalam mengawal perairan negara,” katanya.

Zulkarnain berkata, kapal yang dibina di Limbungan Destini Berhad di Pelabuhan Klang, Selangor adalah satu daripada enam kapal yang dibina bagi mengukuhka­n lagi kemampuan aset sedia ada dalam inventori Maritim Malaysia serta Wilayah Maritim Timur.

Menurutnya, kapal pertama bagi kelas itu sudah dirasmikan pada sambutan LIMA 2017 di Pulau Langkawi, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia