Harian Metro

Lelaki tawar kereta tak wujud ditahan

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Kuantan: Lelaki yang didakwa licik menipu orang ramai dengan menawarkan jualan kereta murah tidak wujud di laman beli-belah dalam talian terkemuka, Mudah.my ditahan polis di Cheras, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan jam 12.30 tengah hari di Flat Sri Sabah selepas siasatan dilakukan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang susulan laporan polis dibuat seorang pekerja kilang di Balai Polis Bandar Jengka, Maran pada September tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian itu bermula pada 15 September tahun lalu apabila pekerja kilang berusia 47 tahun berkenaan melihat iklan jualan sebuah Perodua Kelisa di laman beli-belah dalam talian terbabit.

Menurutnya, mangsa berminat membeli sebuah Perodua Kelisa yang ditawarkan dengan harga RM5,600 dan mendakwa berurusan dengan seorang lelaki.

“Pada hari yang sama dia membuat pembayaran wang pendahulua­n secara dalam talian sebanyak RM800 ke akaun lelaki itu.

“Dia sekali lagi memindahka­n wang ke akaun yang sama berjumlah RM4,800 bagi menjelaska­n baki harga kereta berkenaan.

“Bagaimanap­un, suspek tidak dapat dihubungi selepas dia melakukan pembayaran terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudianny­a membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka selepas mengesyaki dirinya tertipu.

Bimbang bakal dipenjara akibat kes dadah dan pengubahan wang haram menyebabka­n seorang peniaga ditipu sindiket Macau Scam hingga mengalami kerugian berjumlah RM35,600.

Dia yang berusia 68 tahun terpedaya dengan sindiket itu yang mendakwa dia mempunyai tunggakan bayaran pinjaman peribadi selain terbabit jenayah yang boleh dipenjara jika sabit kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa takut sebaik diberitahu akan dipenjara dan direman untuk tempoh panjang sebelum mengikut semua arahan sindiket.

Beliau berkata, kejadian bermula Ahad lalu apabila mangsa yang tinggal di bandar

>>Mangsa menurut arahan suspek untuk memasukkan wang ke akaun yang didakwa milik Bank Negara bagi siasatan lanjut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia