Harian Metro

Kematian lelaki di kondo akibat masalah jantung

-

Klang: Polis mengesahka­n punca kematian lelaki yang ditemui mati bersama seorang wanita di rumah sewa mereka di sebuah kondomnium di bandar ini, Isnin lalu disebabkan masalah jantung.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, punca kematian itu disahkan pegawai perubatan Hospital Shah Alam (HSA) selepas proses bedah siasat, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

“Identiti lelaki itu turut dikenal pasti sebagai Fong Chin Beng, 59, selepas seorang anaknya tampil membuat pengecaman mayat. “Punca kematian akibat

(masalah jantung) dan mendiang kemudian dituntut ahli keluarga dari Unit Forensik HSA untuk urusan pengebumia­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut beliau, pihaknya bagaimanap­un masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat wanita berkenaan yang dipercayai kekasih Fong.

“Proses bedah siasat wanita berbangsa Cina itu dijalankan di hospital sama kira-kira jam 2.30 petang semalam.

“Identiti sebenar dan status hubungan kedua-dua mangsa akan disahkan nanti,” katanya.

Kata Mazelan, kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

NSTP semalam melaporkan, misteri bau busuk dihidu penduduk sebuah kondominiu­m di bandar ini terungkai apabila mayat lelaki dan wanita ditemui di rumah sewa mereka, kelmarin.

Kedua-dua mangsa berbangsa Cina itu dijumpai jam 4.30 petang susulan aduan daripada orang awam yang memaklumka­n terhidu bau busuk di rumah berkenaan.

Bertindak atas maklumat itu, penyelia pengawal keselamata­n terpaksa memecahkan pintu berikutan rumah itu dikunci dari dalam.

Apabila masuk, rumah itu dalam keadaan gelap kerana tiada bekalan elektrik dan anggota kami yang turut berada di lokasi menemui mayat seorang lelaki terbaring di luar bilik air.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia