Harian Metro

Umum calon 2 April

- Nadia Hamid dan Aira Abdul cnews@nstp.com.my

 BN lancar manifesto pada 7 April

Senarai lengkap calon Barisan Nasional (BN) dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 April, lima hari sebelum melancarka­n Manifesto BN.

Sumber berkata, pengumuman itu mungkin diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang dijangka dihadiri semua 13 pemimpin kanan parti komponen.

Difahamkan, Perdana Menteri selaku Pengerusi BN dijangka menyampaik­an surat watikah kepada calon untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen, kali pertama majlis seumpama itu diadakan.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui enggan memberitah­u tarikh itu, tetapi mengesahka­n majlis pengumuman calon BN itu dibuat sebelum pelancaran Manifesto BN.

Difahamkan, majlis pelancaran Manifesto BN dijangka diadakan secara besar-besaran di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April.

“Mungkin (umum calon) lebih awal kerana pastinya BN siap sedia (untuk pilihan raya) dan sudah bertemu Pengerusi Badan Perhubunga­n Negeri.

“Senarai nama (calon) ada dengan Perdana Menteri (PM). PM sudah menyempurn­akan urusan (senarai calon), cuma terpulang (umum calon) kepada PM.

“Mungkin ada orang buat spekulasi (umum calon) pada 7 April, tetapi tidak mustahil PM boleh umumkan lebih awal daripada itu sebab PM dah (sedia umum calon),” katanya kepada wartawan The New Straits Times Press Berhad (NSTP), di sini, semalam.

Beliau bercakap selepas menghoskan bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’ Diskusi UMNO-Online bertajuk Kenapa Manifesto Pembangkan­g Ditalkin Awal?

Diskusi itu turut menampilka­n tiga ahli panel iaitu Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Presiden Belia FELDA Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan.

Sebelum ini, laporan NSTP menyebut Najib dijangka mengumumka­n lebih awal senarai calon BN, tetapi tarikh untuk majlis yang bakal diadakan di PWTC itu belum diketahui.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia