Harian Metro

‘Bukan itu maksud saya’

-

Seremban: “Saya hanya bergurau, tetapi ucapan itu disalah tafsir. Jika mahu menggalakk­an gengsteris­me, takkan saya bercakap secara terbuka seperti itu,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad mengulas mengenai klip video yang tersebar di laman sosial mengenai beliau dikatakan menyuruh penyokong Barisan Nasional (BN) menggunaka­n kekerasan termasuk menterbali­kkan meja di kedai kopi yang menjadi tempat orang memfitnah kerajaan.

Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, beliau hanya mahu menaikkan semangat penyokong BN menolak fitnah dan berita palsu yang semakin menjadi ‘budaya’ dalam kalangan masyarakat pada satu majlis di Rantau di sini, Ahad lalu.

“Bila saya cakap terbalikka­n meja di kedai kopi, saya tidak maksudkan perkara itu dibuat betul-betul. Itu hanya kiasan supaya anak muda bersemanga­t dalam menangkis fitnah yang dilemparka­n kepada kerajaan dengan menerangka­n situasi sebenar kepada pihak yang terbabit.

“Ramai orang tahu yang kadang-kadang saya suka bergurau... tetapi kali ini, mungkin ayat saya disalah tafsir. Saya sebenarnya suruh ‘serang’ fitnah dan isu, bukan bergaduh.

“Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya dan kepada sesiapa yang salah tafsir, saya minta maaf, tetapi saya tiada niat langsung mahu menggalakk­an budaya gengsteris­me,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO di sini, semalam.

Mohamad yang menyedari ada pihak membuat laporan polis terhadapny­a berhubung isu itu berkata, beliau bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kuala Pilah, Kamarulzam­an Kamdias berkata, beberapa laporan polis dibuat pihaknya terhadap Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dekat sini, pagi semalam.

 ??  ?? MOHAMAD beramah mesra dengan penerima bantuan kerajaan negeri selepas majlis Mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Wisma Negeri.
MOHAMAD beramah mesra dengan penerima bantuan kerajaan negeri selepas majlis Mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Wisma Negeri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia