Harian Metro

Tekad lawan pertahan kerusi

-

Putrajaya: Tanpa mempedulik­an siapakah lawan walaupun DAP, kepemimpin­an Gerakan bertekad memberikan saingan hebat bagi mempertaha­nkan kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, walaupun beliau tahu DAP menganggap ia kerusi ‘putih’ yang mudah ditawan, mereka tidak boleh memandang rendah kesan usaha Barisan Nasional (BN) membawa pembaharua­n dan kemajuan di Teluk Intan sejak menawan kerusi itu pada Pilihan Raya

(PRK) pada 2014.

“(Walau siapa pun calon yang DAP letak) saya berani berhadapan dan tidak akan lari selain tetap (bertanding) di Teluk Intan sekiranya mendapat restu dan diberi mandat pucuk pimpinan BN Pusat.

“Keputusan akhir (penentuan calon) di pihak tertinggi BN, tetapi saya harap diberi kepercayaa­n bertanding sekali lagi di Teluk Intan.

“Walaupun pernah dikalahkan calon DAP pada PRU12 (2008) dan PRU13 (2013), ia tidak mematahkan semangat saya terus bertanding

Kecil di Teluk Intan. Saya teruskan kerja saya dan rakyat sendiri buat penilaian.

“Selain itu, walaupun kita (BN) menang pada PRK 2014 hanya dengan 238 undi, saya yakin kita mampu memberi saingan yang baik kepada DAP,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpuna­n dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dijangka bertanding di Parlimen Teluk Intan bagi PRU14.

 ??  ?? MAH (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah selepas majlis Perhimpuna­n MPIC & Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, semalam.
MAH (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah selepas majlis Perhimpuna­n MPIC & Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia