Harian Metro

Denda RM300 sahaja

- Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my

Kerajaan negeri memutuskan denda bagi Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan: Mai Daftar Nikah 2018 adalah RM300 sekali gus membolehka­n prosesnya berjalan lancar tanpa membebanka­n kewangan peserta, bermula 1 April ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan serta Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, mesyuarat kerajaan negeri semalam, sebulat suara meluluskan penganjura­n program terbabit yang menekankan usaha melindungi hak isteri dan anak supaya masa depan keluarga dan pendidikan mereka tidak terjejas.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberi sokongan penuh bagi memastikan tiada rakyat Kedah yang dinafikan hak dalam keluarga dan pemilikan kad pengenalan bagi anak.

“Mesyuarat terbabit yang dihadiri semua EXCO menyokong denda hanya RM300 bagi pasangan yang berkahwin sebelum 2018 manakala bagi setiap pasangan yang mempunyai dokumen lengkap, prosesnya hanya mengambil masa 100 hari saja.

“Ia diyakini mampu menyelesai­kan masalah yang sekian lama berlaku dalam kalangan rakyat negeri ini hingga menjejaska­n masa depan isteri dan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO yang dipengerus­ikan Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Katanya, semua persediaan untuk program selama enam bulan itu sudah dilakukan malah semua pejabat agama dan jabatan agama sudah berada dalam siapsiaga bagi memudahkan proses pendaftara­n peserta program.

Mengulas lanjut, Mohd Rawi menegaskan, program itu bukan bertujuan menggalakk­an orang ramai berkahwin atau berpoligam­i di sempadan, tetapi mahu pastikan mereka yang sudah lama berkahwin tetapi gagal mendaftar, dapat mendaftar secara mudah.

“Ia juga boleh menyebabka­n anak mereka menghadapi masalah dari sudut pendidikan, nafkah, isu kesihatan dan kewarganeg­araan.

“Semua agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK), Jabatan Kehakiman Syariah Kedah, Penasihat Undang-Undang Negeri, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Pejabat Konsul Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri sudah bersedia menjayakan program ini.

“Apa yang penting, pasangan yang mahu menyertai program ini diminta hadir ke mana-mana pejabat agama dan membawa dokumen berkaitan bagi membolehka­n proses pemutihan dilakukan,” katanya.

Dua minggu lalu, Harian Metro melaporkan lebih 10,000 isteri dan 30,000 anak Kedah mampu menarik nafas lega apabila mereka akan diiktiraf hak masing-masing dalam Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan: Mai Daftar Nikah yang dianjurkan selama enam bulan, bermula 1 April ini.

 ??  ?? MOHD Rawi menunjukka­n risalah perkahwina­n rentas sempadan.
MOHD Rawi menunjukka­n risalah perkahwina­n rentas sempadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia