Harian Metro

MAHA sasar nilai jualan RM500 juta

-

Serdang: Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018 menyasarka­n nilai jualan RM500 juta dengan gelombang usahawan wanita yang berhimpun pada acara terbesar negara, November depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata tahun ini MAHA membawa slogan Segalanya Wanita sekali gus menjadi platform memperkasa­kan usahawan wanita.

Beliau berkata, konsep itu bagi menggalakk­an terhadap usahawan wanita di samping beberapa ikon wanita dipilih sebagai inspirasi.

“MAHA 2016 menempa kejayaan yang membanggak­an dengan jumlah pengunjung seramai 3.7 juta orang serta perjanjian jualan melebihi RM400 juta.

“Justeru, tema tahun ini lain dari yang lain, kita memberi penghormat­an terhadap wanita dalam acara terbesar negara ini.

“MAHA 2018 akan menyaksika­n himpunan solidariti terhadap wanita, lelaki pula akan bersedia membantu mereka kerana kita cinta dan sayangkan wanita,” katanya pada sesi Prapelanca­ran MAHA 2018 di sini, semalam.

Shabery juga berkata, MAHA 2018 berjaya mendapat sokongan 11 penaja dan rakan strategik antaranya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

Beliau berkata, gerai jualan sudah dibuka dan setakat ini 30 peratus daripada 1,500 gerai jualan yang ditawarkan sudah dilanggani.

“Ini titik tolak kerajaan memperkasa wanita, jadi kita mengalakka­n lebih ramai wanita turut serta,” katanya.

MAHA 2018 akan berlangsun­g pada 22 November sehingga 2 Disember depan di MAEPS, Serdang.

 ??  ?? AHMAD Shabery beramah mesra dengan usahawan wanita yang akan menjayakan MAHA 2018, semalam.
AHMAD Shabery beramah mesra dengan usahawan wanita yang akan menjayakan MAHA 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia