Harian Metro

Tak takut jarum

- Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Walaupun ramai yang datang untuk menderma, namun selepas saringan dijalankan kita berjaya mengumpul 947 pain darah”

Hasagaya

 947 pain darah dikumpul dalam program MK 10 Briged Para

Sebanyak 947 pain darah berjaya dikumpul dalam kempen derma darah anjuran MK 10 Briged Para sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-85 di Dewan Serbaguna Kem Terendak, Melaka, kelmarin.

Program dirasmikan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah itu mendapat sambutan menggalakk­an warga tentera terdiri daripada pegawai dan anggota termasuk staf awam yang bertugas di kem berkenaan.

Hasagaya berkata, matlamat utama program itu adalah untuk menggalakk­an anggota dan pegawai tentera menderma darah sekali gus menambah stok bekalan yang diperlukan Pusat Darah Negara (PDN).

“Walaupun ramai yang datang untuk menderma, namun selepas saringan dijalankan kita berjaya mengumpul 947 pain darah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Dalam majlis perasmian program itu, Hasagaya menyerahka­n pek berisi darah kepada Timbalan Pengarah II PDN, Dr T M Darumaling­gam sebagai simbolik kerjasama kedua-dua pihak.

Sementara itu, pengerusi program yang juga Panglima 10 Briged Para Brigedier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, penganjura­n program berkenaan diharap dapat memastikan bekalan tabung darah negara sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan setiap hari.

 ??  ?? KEMPEN derma darah anjuran MK 10 Briged Para sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-85 di Dewan Serbaguna Kem Terendak, Melaka.
KEMPEN derma darah anjuran MK 10 Briged Para sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-85 di Dewan Serbaguna Kem Terendak, Melaka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia