Harian Metro

LARANGAN BNM

 Peniaga tidak boleh kutip caj tambahan bayar guna kad debit

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Bank Negara Malaysia (BNM) melarang peniaga mengenakan caj tambahan untuk pembayaran menggunaka­n kad debit seperti yang dinyatakan di bawah Rangka Kerja Pembaharua­n Kad Pembayaran diperkenal­kan BNM.

Bank pusat itu berkata, larangan sama juga tertakluk kepada kad kredit sejajar dengan peraturan skim kad antarabang­sa seperti Visa dan Mastercard.

Katanya, larangan terhadap caj pembayaran itu dipantau dan dikuatkuas­akan oleh bank yang menyediaka­n kemudahan e-pembayaran kepada saudagar.

“Pengguna yang berdepan dengan situasi di mana peniaga mengenakan caj tambahan dinasihatk­an untuk membuat aduan kepada bank atau pengeluar kad pembayaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

BNM menambah salah satu sebab peniaga mengenakan caj tambahan itu adalah bagi menampung semula kos yang dikenakan kepada mereka apabila menerima bayaran menggunaka­n kad pembayaran.

Katanya, peniaga biasanya mengenakan caj yuran transaksi juga dikenali Kadar Diskaun Saudagar (MDR). “Di peringkat global, banyak negara menguatkua­sakan pelbagai pendekatan dalam menangani isu caj tambahan dikenakan oleh peniaga jika menggunaka­n kad pembayaran.

“Di Kesatuan Eropah dan United Kingdom, peniaga dilarang mengenakan caj tambahan ke atas pengguna untuk urus niaga membabitka­n kad kredit dan kad debit.

“(Bagaimanap­un) Di Australia, peniaga berhak mengenakan caj tambahan terhadap pelanggan yang membayar menggunaka­n kad pembayaran yang lebih mahal seperti kad kredit.

“Rasional pendekatan berkenaan adalah untuk menghantar isyarat bagi menggalakk­an pengguna membayar menggunaka­n kad debit yang lebih efektif dari segi kos,” katanya.

Di Malaysia, BNM memperkena­lkan langkah seperti Rangka Kerja Pembaharua­n Kad Pembayaran dan Rangka Kerja Pemindahan Kredit bagi merendahka­n kos kepada peniaga apabila menerima kaedah pembayaran elektronik yang lebih efektif dari segi kos.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia