Harian Metro

NETC jimatkan kos pengeluar OEM kereta

-

Rawang: Pengeluar peralatan tulen (OEM) kenderaan di negara ini boleh menjimatka­n sekurang-kurangnya 40 peratus daripada kos membuat ujian emisi kenderaan melalui Pusat Ujian Emisi Kebangsaan (NETC).

Pusat dibangunka­n dengan kos RM50 juta di Rawang, Selangor itu adalah hasil kerjasama antara kerajaan dan industri menerusi pemindahan teknologi daripada Daihatsu Motor Corporatio­n dari Jepun kepada Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua).

Pusat berkenaan akan dikendalik­an oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

Ketua Eksekutif MAI Datuk Madani Sahari berkata, pada masa ini, kos yang perlu dibayar syarikat OEM untuk melaksanak­an ujian emisi adalah sekitar RM30,000 hingga RM40,000 bagi satu unit kenderaan, tidak termasuk kos logistik.

“Sebelum ini, semua ujian emisi dibuat di luar negara dan dengan adanya pusat ini, kami menggalakk­an OEM untuk datang dan menjalanka­n ujian berkaitan.

“Pada masa ini, kapasiti operasi adalah selama tiga hari bagi satu unit kereta dan jika teknologi yang digunakan bertambah canggih di masa akan datang, tempoh berkenaan boleh dipendekka­n,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pusat berkenaan di Rawang, semalam.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Perodua Auto Corporatio­n Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Sebelum ini, semua ujian emisi dibuat di luar negara dan dengan adanya pusat ini, kami menggalakk­an OEM untuk datang dan menjalanka­n ujian berkaitan”

Madani Sahari

 ??  ?? AHMAD (empat dari kiri) bersama Asmat (tiga dari kiri) dan Madani pada majlis pelancaran NETC di Rawang, semalam.
AHMAD (empat dari kiri) bersama Asmat (tiga dari kiri) dan Madani pada majlis pelancaran NETC di Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia