Harian Metro

Luaskan jenama

 DEMC kini dikenali Hospital Pakar Avisena sebagai usaha lebar langkah ke seluruh negara

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Avisena Holdings Sdn Bhd, pemilik dan pengendali Hospital Pakar Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) memperkena­lkan penjenamaa­n semula hospital itu kepada Hospital Pakar Avisena sebagai usaha meluaskan jenamanya ke negeri lain pada masa depan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dr Omar Abd Hamid berkata, penjenamaa­n semula itu bertujuan memastikan hospital terbabit tampil dengan imej moden, kukuh dan berdaya saing di pasaran sekali gus membantu ia menjadi jenama kebangsaan.

“Kami beroperasi lebih 20 tahun dan memenuhi keperluan komuniti di Selangor terutama Shah Alam dan kami kini bersedia memperluas­kan jenama ini ke seluruh negara,” katanya pada pelancaran jenama Hospital Pakar Avisena di sini, semalam.

Hospital Pakar Avisena bermula sebagai Hospital Pakar DEMC pada 1997 di Seksyen 9 dan ia berpindah di Seksyen 14, Shah Alam pada 2010.

Ia memiliki 130 katil, 600 kakitangan termasuk 50 pakar perubatan profesiona­l dan pembedahan berpengala­man.

Beliau berkata, penjenamaa­n kepada Hospital Pakar Avisena itu menjadikan­nya platform orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an bermula daripada kardiologi, rawatan hepatobili­ari, pembedahan kolorektal dan saraf, pakar kanak-kanak dan pakar perubatan wanita.

Menurutnya, hospital itu dalam proses membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Avisena berdekatan Hospital Pakar Avisena yang hampir 70 peratus pembinaan dan dijangka siap akhir tahun ini.

“Hospital ini bakal dilengkapi pemilikan mesin dan teknologi perubatan terkini secara berterusan dan akan menarik pakar terbaik dalam pelbagai bidang serta terus mengekalka­n kos berpatutan kepada pesakit,” katanya.

Mengulas mengenai pelan pembukaan hospital di negeri lain, Omar berkata, pihaknya menjalakan kajian lanjut bagi meninjau pasaran berpotensi di lokasi seluruh negara.

“Kami cenderung membuka cawangan hospital baru ini di Kuantan, Alor Setar, Ipoh dan Pulau Pinang.

“Fokus kami bertumpu kepada pembukaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Avisena terlebih dulu sebelum membuka cawangan Hospital Pakar Avisena di negeri lain dalam 12 hingga 24 bulan akan datang,” katanya.

 ??  ?? DR Omar (kiri) bersama Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad (dua dari kiri) dan Pengerusi Hospital Pakar Avisena, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua dari kanan) serta Pengarah Hospital Pakar Avisena, Datuk Johari Mat (kanan) ketika...
DR Omar (kiri) bersama Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad (dua dari kiri) dan Pengerusi Hospital Pakar Avisena, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua dari kanan) serta Pengarah Hospital Pakar Avisena, Datuk Johari Mat (kanan) ketika...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia