Harian Metro

Bank Rakyat lancar program Islamic Banker edisi kedua

-

Kuala Lumpur: Bank Rakyat melancarka­n Program

Islamic Banker edisi kedua bagi melahirkan lebih ramai pemimpin industri perbankan.

Program yang diperkenal­kan pada 2017 baru menerima pengiktira­fan daripada Kongres HRD Dunia 2018 ke-26 dalam tiga kategori iaitu Inovasi dalam Pengambila­n, Perantis Terbaik dan Penggunaan Media Digital dalam Pengambila­n.

Program ini diteruskan setelah sambutan menggalakk­an pada edisi pertamaapa­bila menerima 6,744 permohonan daripada graduan.

Seramai 30 pelatih terbaik daripada edisi pertama dipilih dan sudah memulakan program selama dua tahun sejak Januari lalu.

Antara kriteria calon layak memohon ialah pemegang ijazah dengan keputusan PNGK 2.75 dan ke atas, berusia 26 tahun ke bawah, boleh bekerja dalam kumpulan, aktif dalam bidang kokurikulu­m, mempunyai pemikiran analitikal dan idea inovatif serta kreatif.

Sepanjang tempoh latihan, pelatih ditempatka­n dengan seorang mentor daripada pengurusan kanan yang bertanggun­gjawab sebagai pembimbing bagi memupuk budaya kerja di Bank Rakyat.

Permulaan program ini, pelatih menjalani latihan dalam kelas selama dua bulan sebelum ditempatka­n di mana-mana jabatan dalam Bank Rakyat selama 10 bulan secara pusingan tugas.

Ini bagi memberi pendedahan secara menyeluruh mengenai operasi dan pengurusan bank.

Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi laman web www.bankrakyat.com.my.

 ??  ?? POSTER program Islamic Banker.
POSTER program Islamic Banker.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia