Harian Metro

MURID MAUT DALAM LUBANG TANDAS

- Agensi

 Budak perempuan disangka hilang mati lemas dalam lubang takungan najis

Seorang murid perempuan berusia lima tahun maut dalam keadaan menyedihka­n selepas ditemui lemas dalam lubang takungan najis di sebuah sekolah di Afrika Selatan.

Lumka Mkhethwa pada mulanya disyaki diculik selepas dia hilang dari sekolahnya di Bizana, Timur Cape dan polis melancarka­n gerakan mencari murid itu.

Bagaimanap­un, mayat murid itu ditemui sehari kemudian dalam lubang takungan najis selepas ia dikeringka­n.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media Afrika Selatan, mangsa dipercayai maut akibat terjatuh ketika menggunaka­n tandas yang dibina dengan lubang takungan najis terletak betu-betul di bawah tempat duduk tandas.

Kementeria­n Kesihatan Afrika Selatan mengesahka­n kematian tragis murid Sekolah Rendah Luna berkenaan.

“Kematian murid itu dalam keadaan tragis adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan sangat mengganggu,” kata Menteri Pendidikan Afrika Selatan, Angie Motshekga.

Ia bukan kejadian pertama membabitka­n murid sekolah yang maut akibat terjatuh ke dalam lubang takungan najis di Afrika Selatan yang masih menggunaka­n kemudahan tandas yang usang.

Empat tahun lalu, seorang murid lelaki berusia lima tahun, Michael Komape juga ditemui mati akibat terjatuh ke dalam lubang takungan najis ketika menggunaka­n tandas di sekolahnya di Polokwane.

Keluarga mangsa kemudianny­a menyaman kerajaan negeri kerana gagal memastikan keselamata­n murid di sekolah berkenaan.

 ??  ?? LUMKA terjatuh ke dalam tandas ini yang dibina dengan lubang takungan najis di bawahnya. - Agensi LUMKA Mkhethwa
LUMKA terjatuh ke dalam tandas ini yang dibina dengan lubang takungan najis di bawahnya. - Agensi LUMKA Mkhethwa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia