Harian Metro

Pengebom Texas letup diri

 Lelaki terbabit dalam lima serangan bom bunuh diri elak ditahan

-

Lelaki yang disyaki sebagai pengebom bungkusan di Austin, Texas, terbunuh selepas meletupkan dirinya dalam kereta ketika polis cuba menahannya dekat sebuah hotel bajet semalam.

Menurut AFP, lelaki itu disyaki terbabit dalam lima serangan bom bungkusan yang membunuh dua orang dan mencederak­an enam lagi di Austin sejak 2

Mac lalu. Semua mangsa berketurun­an Afrika atau Hispanic.

Menurut media Amerika Syarikat, pengebom itu lelaki berkulit putih berusia 24 tahun.

Ketua Polis Austin, Brian Manley berkata, polis menggunaka­n rakaman CCTV, data telefon bimbit dan laporan saksi sebelum berjaya mengesan lelaki terbabit dalam sebuah kereta dekat sebuah hotel di utara Austin.

Ketika menunggu pasukan bantuan tiba, lelaki berkenaan cuba memandu kenderaann­ya menyebabka­n polis mengepungn­ya daripada memasuki lebuh raya.

Lelaki itu kemudian meletupkan bom, membunuh dirinya ketika polis menghampir­i untuk menahannya.

Menurut laporan Daily Mail, kematian lelaki itu berlaku beberapa jam selepas CBS menyiarkan rakaman CCTV menunjukka­n dia di pejabat Fed-Ex Austin, menghantar dua bungkusan kira-kira 7.30 malam, Isnin lalu.

Satu bungkusan meletup ketika digerakkan mesin tali sawat di pusat penyisihan FedEx di San Antonio.

Satu lagi ditemui di pusat pengumpula­n bungkusan dekat lapangan terbang Austin yang kemudian disahkan mengandung­i bom.

Dalam lima letupan sebelum ini, bungkusan mengandung­i bom diterima mangsa dan ia meletup apabila dibuka.

 ??  ?? PETIKAN rakaman CCTV lelaki menghantar dua bungkusan mengandung­i bom di pejabat Fed-Ex Austin. - CBS
PETIKAN rakaman CCTV lelaki menghantar dua bungkusan mengandung­i bom di pejabat Fed-Ex Austin. - CBS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia