Harian Metro

Arab Saudi perangi Ikhwanul Muslimin

-

Riyadh: Arab Saudi merombak kurikulum pendidikan­nya bagi menghapusk­an sebarang pengaruh Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhoo­d) dan akan memecat sesiapa saja dalam sektor itu yang bersimpati dengan kumpulan diharamkan itu.

Menggalakk­an Islam yang lebih terbuka adalah janji Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam rancangann­ya memodenkan negara Islam konservati­f itu.

Menteri Pendidikan­nya, Dr Ahmed Al-Eissa berkata, kementeria­nnya berusaha memerangi ideologi ekstremis dengan mengkaji kurikulum serta buku bagi memastikan tidak mencermink­an agenda kumpulan berkenaan.

Dalam kenyataann­ya semalam, beliau berkata: “Kementeria­n mengharamk­an sebarang buku dipengaruh­i Ikhwanul Muslimin dari sekolah dan universiti serta memecat mereka yang bersimpati dengan kumpulan itu.”

September lalu, sebuah universiti awam Arab Saudi mengumumka­n ia akan memecat kakitangan yang disyaki ada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

Awal bulan ini, Putera Mohammed memberitah­u CBS, sekolah di Arab Saudi ‘diserang’ oleh elemen Ikhwanul Muslimin yang dianggap negara itu sebagai pertubuhan pengganas.

Ikhwanul Muslimin mewujudkan doktrin politik yang mendesak tindakan revolusi.

Pertubuhan politik yang ditubuhkan di Mesir hampir seabad lalu itu, menyatakan ia menggalakk­an gerakan secara aman serta pembaharua­n melalui pilihan raya dan mempunyai pejabat di banyak negara Arab, dari Tunisia hingga ke Jordan.

Ramai ahli kumpulan itu yang melarikan diri dari Mesir, Syria dan Iraq setengah abad lalu, berlindung di Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia