Harian Metro

Kaya jual makanan lama

-

Jakarta: Polis Indonesia membongkar aktiviti sebuah syarikat yang mengaut keuntungan lumayan dengan mengubah label pada produk makanan yang sudah tamat tarikh luput sebelum menjualnya semula.

Ketua polis Jakarta Barat, Hengki Hariyadi berkata, syarikat itu, PT PRS menjalanka­n aktiviti itu sejak 2014 di Jakarta, Jakarta raya, Papua dan Medan serta meraih keuntungan mencecah Rp6 bilion (RM1.71 juta) sebulan.

“Siasatan dilakukan selepas beberapa pengguna membuat laporan kerana makanan yang dibeli mereka berubah bentuk dan rasa.

“Produk makanan yang dibeli dari pasar raya terkenal itu kemudian disahkan makanan sudah tamat tarikh luput,” katanya dalam satu sidang media kelmarin.

Jakarta Post melaporkan, polis mula menyiasat kes itu pada 24 Februari lalu dan menahan tiga suspek terdiri daripada pengarah syarikat serta dua pengurus gudang di Cengkareng dan Tambora.

Katanya, produk makanan yang ditemui di gudang berkenaan bukan hanya keluaran tempatan tetapi diimport dari luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Australia.

Polis merampas 90,080 produk makanan dari pelbagai jenama yang disimpan di tiga lokasi.

Menurutnya, lokasi pertama adalah gudang di Tambora digunakan untuk menyimpan dan menukar label pada produk makanan yang sudah tamat tarikh luput itu.

“Lokasi kedua adalah pejabat syarikat itu di Hayam Wuruk dan terakhir di sebuah gudang di Cengkareng yang digunakan untuk menyimpan produk yang sedia untuk diedarkan ke pasaran.

“Kami masih mengembang­kan kes ini dan masih menyiasat sekiranya ada individu lain yang terbabit dengan kegiatan berkenaan,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? POLIS Jakarta Barat mempamerka­n produk makanan yang dirampas dan suspek yang ditangkap dalam satu sidang media di sebuah gudang di Tambora, kelmarin. - Warta Kota
POLIS Jakarta Barat mempamerka­n produk makanan yang dirampas dan suspek yang ditangkap dalam satu sidang media di sebuah gudang di Tambora, kelmarin. - Warta Kota

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia