Harian Metro

Penganjur LTdL tak ‘pilih bulu’

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018, Ciclista Sports Sdn Bhd tidak akan melindungi mana-mana pelumba yang melakukan kesalahan serius termasuk membaling botol air dan memukul peserta lain sepanjang perlumbaan.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, M Kumaresan memberi amaran mana-mana pelumba dan pasukan juga perlu bersedia untuk disingkirk­an daripada perlumbaan sekiranya komisar mendapati mereka melakukan kesalahan serius dan boleh mencemarka­n imej LTdL.

Justeru, Kumaresan berharap semua pelumba dan pasukan beraksi di LTdL 2018 mengambil iktibar kes pelumba Giant Cycling Team dari China, Chen Zhiwen yang disingkirk­an daripada LTdL oleh komisar selepas didapati bersalah membaling botol dan melakukan keganasan terhadap pelumba lain, kelmarin.

“Sebagai penganjur LTdL, kami tidak akan berpihak kepada pelumba Malaysia sebaliknya menyerahka­n kepada komisar untuk memanggil dan mendengar cerita kedua-duanya sebelum membuat keputusan menyingkir­kan pelumba China bernombor 111 daripada LTdL selain denda.

“Selain itu, komisar LTdL juga membuat keputusan mengenakan denda terhadap Hariff Salleh biarpun dia adalah mangsa sebenarnya dan hanya mempertaha­nkan dirinya.

“Bagi saya keputusan komisar itu bukan hanya tepat, malah menunjukka­n ketegasan serta tidak berpihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana pihak sama ada pelumba Malaysia (Harrif) atau China (Zhiwen),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Kumaresan berkata, beliau juga yakin insiden itu tidak akan menjejaska­n imej LTdL pada masa depan.

Akhbar semalam melaporkan Zhiwen disingkirk­an daripada perlumbaan LTdL selepas didapati bersalah melakukan kekasaran ke atas pelumba lain sebaik berakhirny­a saingan di Kuala Terengganu.

Zhiwen didapati melakukan perbuatan itu ke atas pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Salleh selepas berakhirny­a saingan peringkat ketiga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

Komisar LTdL 2018 dalam laporannya membuat keputusan menyingkir­kan pelumba itu mengikut Artikel 30.1 kerana didapati bertindak ganas terhadap pelumba lain.

Bagi saya keputusan komisar itu bukan hanya tepat, malah menunjukka­n ketegasan serta tidak berpihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana pihak sama ada pelumba Malaysia (Harrif) atau China (Zhiwen)” M Kumaresan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia