Harian Metro

BAM intai Yongbo

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menolak kemungkina­n menggunaka­n khidmat bekas ketua jurulatih China, Li Yongbo untuk membimbing skuad negara pada masa akan datang.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagaimanap­un menjelaska­n, sebarang perubahan mengenai struktur kejurulati­han sedia ada hanya akan diputuskan selepas berakhir saingan Piala Thomas dan Uber di Bangkok, Thailand Mei ini.

Jika masih terdapat penurunan prestasi, Norza mengakui pihaknya mungkin akan mengguna pakai struktur kejurulati­han lama iaitu dengan melantik pengarah teknikal.

Sebelum menukar sistem ketua jurulatih, legenda Denmark, Morten Frost Hansen adalah pengarah teknikal sejak 2015 sebelum beliau mengambil keputusan meletak jawatan September lalu atas alasan peribadi.

“Segala-galanya tidak mustahil. Saya baru setahun menjawat jawatan presiden dan terus terang saya katakan tidak banyak peningkata­n sejak Piala Sudirman tahun lalu.

“Tiga bulan dari sekarang, kita akan menilai struktur kejurulati­han sedia ada dan jika tidak efektif, saya terpaksa menukar dengan mewujudkan semula jawatan pengarah teknikal,” kata Norza.

Berdasarka­n struktur baru, BAM melantik lima ketua jurulatih dengan Datuk Misbun Sidek mengendali­kan persoranga­n lelaki, Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Datuk Tey Seu Bock (perseorang­an wanita), Rosman Razak (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).

Kelmarin, bekas jurulatih negara, Rashid Sidek menggesa BAM akan melantik jurulatih berprofil tinggi seperti Yongbo yang meninggalk­an kem badminton China tahun lalu, selepas 24 tahun.

Menurut Rashid, Yongbo dikenali dengan sistem latihan yang sangat tegas dan mementingk­an disiplin, seterusnya menjadi individu terbaik untuk memastikan pemain serta jurulatih sentiasa mematuhi kehendakny­a.

Perkara ini hangat diperkatak­an selepas Norza meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemain berikutan aksi kurang memberangs­angkan di Seluruh England di Birmingham, minggu lalu.

Kejohanan besar yang bakal dihadapi pemain negara selepas ini sebelum saingan Piala Thomas dan Uber ialah Sukan Komanwel di Gold Coast dari 4 hingga 15 April ini.

 ??  ?? YONGBO (kiri) dalam radar BAM.
YONGBO (kiri) dalam radar BAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia