Harian Metro

Tiga digugurkan

- Naqih Nor Said naqib@nstp.com.my

Suasana kem skuad hoki lelaki negara bercampur suka dan duka hari ini sebaik pengendali­nya, Stephen Van Huizen mengumumka­n senarai 18 pemain untuk ke Sukan Komanwel Gold Coast bermula 4 hingga 15 April depan.

Ini selepas watak penting mereka sewaktu menghadapi Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang berakhir awal bulan ini - Marhan Jalil, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Faiz Helmi Jali terpaksa diketepika­n sementara waktu.

Biarpun lega dengan berita kepulangan pertahanan berpengala­man dan ketua pasukan Sukri Mutalib yang sebelum ini tersisih kerana kecederaan kaki, namun kehilangan Marhan di bahagian tengah pastinya paling dirasai skuad negara.

Khidmat Marhan terpaksa dilupakan selepas pemain tengah kelahiran Negeri Sembilan itu gagal pulih sepenuhnya daripada kecederaan patah tulang jari kaki sewaktu di Ipoh.

Menurut Marhan, 28, walaupun kecewa, namun dia tidak rela menjejaska­n perancanga­n

Malaysian

Tigers di

Gold

Coast sekiranya meneruskan hasrat mengibarka­n cabaran negara ketika berada dalam keadaan bukan terbaik.

“Kecederaan ini mungkin boleh pulih dalam masa terdekat, cuma saya tidak mahu mengambil risiko untuk tetap pergi ke Gold

Coast kerana saya tidak mahu apabila tiba di sana nanti saya tidak dapat memberikan komitmen 100 peratus kepada pasukan.

“Kecederaan ini mungkin akan mengganggu saya untuk membantu pasukan sepenuhnya kerana saya memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih dan sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko ke Sukan Komanwel.

“Saya berharap rakan yang menggalas tanggungja­wab di Gold Coast akan bermain sebagai satu pasukan dan mengutip seberapa banyak pengalaman untuk dibawa ketika beraksi di Su- kan Asia dan Piala Dunia nanti,” jelas Marhan.

Selain Marhan, skuad negara juga terpaksa melupakan khidmat Nik Muhammad Aiman yang turut mengalami kecederaan ketika membantu Malaysia menewaskan Ireland 4-1 dalam aksi pembukaan di Ipoh.

Dalam pada itu, Faiz Helmi yang akan menamatkan pengajiann­ya di Universiti Malaya tidak lama lagi memohon pelepasan daripada menyertai temasya kedua terbesar dunia itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada semester akhirnya.

Tempat kedua-dua pemain itu diambil Ramadan Rosli dan Amirol Aideed Arshad. tama lagi supaya dalam perlumbaan nanti, saya dapat kekal dengan kelompok pelumba lain.

“Untuk mendapatka­n mata, kalau dapat itu umpama kemenangan bagi saya. Saya dapat lihat, pelumba MotoGP yang turun ke Moto2 juga bergelut untuk dapatkan mata. Saya rasa, tak ada lagi kejuaraan yang kompetitif seperti Moto2 ini,” katanya.

 ??  ?? FAIZ mohon pelepasan untuk menghabisk­an pengajian. MARHAN tarik diri akibat kecederaan.
FAIZ mohon pelepasan untuk menghabisk­an pengajian. MARHAN tarik diri akibat kecederaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia