Harian Metro

Usah terpengaru­h

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Dua atlet powerlifti­ng Malaysia, Jong Yee Khie dan Bonnie Bunyau Gustin dinasihatk­an supaya tidak terpengaru­h dengan perang psikologi dan helah jaguh angkat berat para dari negara lain yang mendakwa mereka mungkin tidak menyertai Sukan Komanwel 2018 (GC2018) di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Ini kerana ada kemungkina­n bahawa dakwaan atlet powerlifti­ng negara lain tercedera dan tidak menyertai banyak pertanding­an bertaraf antarabang­sa termasuk di Kejohanan Powerlifti­ng Para Dunia 2017 dan Piala Dunia Powerlifti­ng Para Fazza 2018 di Dubai bulan lalu, adalah rekaan dan taktik mengeliruk­an lawan semata-mata.

Justeru, Ketua Jurulatih Powerlifti­ng Program Podium Kebangsaan, Jamil Adam menasihatk­an Yee Khie dan Bonnie supaya meneruskan latihan bagi meningkatk­an prestasi ke tahap optimum sebagai persiapan menghadapi saingan sebenar dalam acara powerlifti­ng para GC2018 yang dijadual berlangsun­g di Pusat Sukan dan Rekreasi Carrara, Gold Coast, Australia, pada 10 April depan.

Beliau menegaskan, tindakan itu perlu kerana Yee Khie dan Bonnie dijangka di saing sengit peserta dari tiga negara iaitu Nigeria, United Kingdom dan India yang sentiasa menyerlah di Sukan Komanwel sebelum ini.

“Bagi Yee Khie, dia perlu berwaspada dengan saingan pemenang pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow iaitu Abdulazeez Ibrahim biarpun ada khabar angin mengatakan atlet Nigeria terbabit mengalami kecederaan dan sudah lama tidak menyertai kejohanan antarabang­sa termasuk di Mexico (2017) dan Dubai bulan lalu,” katanya.

Berikutan itu, Jamil enggan meletakkan harapan terlalu tinggi walaupun Yee Khie sendiri menyatakan keyakinan dan meletakkan sasaran untuk menang emas di Gold Coast, bulan depan.

“Jadi saya berharap Yee Khie dan Bonnie dapat melakukan terbaik dan tidak melakukan kesilapan ketika beraksi di hari pertanding­an sebenar nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia