Harian Metro

‘Berilah saya sedikit masa’

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Prestasi pelumba SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin di pusingan pembuka tirai musim Moto2 di Grand Prix (GP) Qatar minggu lalu mengundang kritikan hangat dalam kalangan peminat sukan permotoran dua roda negara.

Zulfahmi yang memasuki tahun pertamanya di kelas pertengaha­n itu berada di kelompok lima terbawah dalam setiap sesi dengan menyaksika­n dirinya menempah petak ke-32 pada sesi kelayakan, yang juga terakhir di grid perlumbaan.

Malah catatan dilakukann­ya

(gambar)

pada sesi berkenaan 2 minit 04.780 saat, menampakka­n jurang besar 4.481s antara pemegang petak pertama Alex Marquez dari pasukan EG 0,0 Marc VDS sekali gus mengundang kritikan peminat tempatan.

“Bagi saya, saya perlukan kritikan,” kata Zulfahmi yang kali terakhir membuat kemunculan di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3 pada tahun 2015. “Sekiranya saya jadi mereka, saya juga akan melakukan perkara sama.

“Peminat di luar akan melihat kepada keputusan, namun bagi saya pasukan, ini adalah proses normal yang perlu dihadapi oleh pelumba baru yang memasuki Moto2.

“Malah daripada rekod sebelum ini, tahun pertama Zaqhwan (Zaidi) dan Azlan Shah (Kamaruzama­n) juga dilihat bergelut dengan Moto2, malah Hafizh (Syahrin Abdullah) juga mengambil masa yang lama (menyesuaik­an diri).

“Apapun, saya tak nak jadikan ia sebagai satu alasan dan saya akan buat yang lebih baik daripada mereka.”

Bagaimanap­un, Zulfahmi berjaya menamatkan perlumbaan 20 pusingan itu di tangga ke-28 dengan catatan 41’31.420s, dan berharap dapat pantas menyesuaik­an diri dengan dunia barunya itu.

“Sasaran yang pasukan berikan ialah meningkat dalam setiap sesi. Bagi saya di Qatar, (jurang) catatan masa itu terlalu besar empat saat tetapi dalam perlumbaan, saya berjaya mengurangk­annya kepada 2.8 saat.

“Kalau boleh, saya nak dekatkan lagi jarak itu dari sesi latihan bebas per-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia