Harian Metro

SK Bunut Rendang curi tumpuan

- Mohd Rafi Mamat sukan@nst.com.my

 Muncul juara Champions School Kebangsaan 2018, raih hadiah RM1,000

Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang muncul juara Champions School Kebangsaan 2018 selepas menewaskan SK Dato Hashim, Kelantan menerusi penentuan penalti 2-1 selepas terikat tanpa jaringan di padang Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), baru-baru ini.

Kejayaan itu memberi peluang kepada skuad bimbingan Wan Aridi Wan Mat membawa pulang piala pusingan, pingat dan wang tunai RM1,000 manakala naib johan menerima pingat dan wang tunai RM700.

Tempat ketiga dimenangi SK Wira yang menerima RM400 diikuti SK Balok (RM200).

Kejohanan bola sepak terbuka SK Bunut Rendang bawah 12 tahun itu mendapat sokongan Kementeria­n Pendidikan dan memasuki musim kelima. Ia disertai 32 pasukan tempatan dan luar Pahang.

Wan Aridi berkata, persembaha­n bertenaga dipamerkan gandingan pemain tahun lima dan enam sejak awal saingan menjadi kelebihan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Katanya, selepas gagal menyerlah pada empat kejohanan sebelum itu, SK Bunut Rendang dinobatkan sebagai juara di depan penyokong sendiri.

“Selepas mengadakan persiapan lebih dua bulan akhirnya impian merangkul kejuaraan terlaksana, bagaimanap­un saingan sengit perlawanan akhir hampir menutup peluang kami untuk menang.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada pemain yang beraksi penuh semangat di sepanjang kejohanan. Cuaca panas tidak menjejaska­n kesungguha­n mereka untuk beraksi dengan baik,” katanya.

Sementara itu, kapten SK Bunut Rendang, Mohd Al Aniq Farris Fikri Mohd Al Kallausar, 12, berkata, selepas mencuba empat kali sebelum ini akhirnya kejayaan berpihak kepada mereka.

“Saya berpuas hati apabila berjaya menyempurn­akan sepakan penalti pada perlawanan akhir yang dapat menobatkan pasukan sebagai juara. Ia akan menjadi pembakar semangat kepada saya dan rakan-rakan untuk bersaing pada beberapa pertanding­an di peringkat daerah dan negeri,” katanya yang bercita-cita mewakili Tok Gajah satu hari nanti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia