Harian Metro

Bola sepak amal KCB bantu adik Nurafrina

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

Cheras: Bagai aur dengan tebing. Itulah peribahasa paling tepat untuk menggambar­kan usaha belia Kampung Cheras Baru (KCB) yang menganjurk­an Perlawanan Bola Sepak Amal 7 Sebelah di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru (SKKCB), baru-baru ini.

Program itu dilaksanak­an bagi membantu anak kepada seorang belia KCB iaitu Nurafrina Zahra Mohd Effandi

lima tahun, yang menghidap masalah jantung sejak kecil sekali gus memerlukan bantuan dan sokongan bagi meringanka­n

(ganbar),

beban yang ditanggung keluargany­a.

Seramai 200 belia KCB tampil menjayakan program dengan empat pasukan dapat dihimpunka­n iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hitam.

Pada perlawanan itu, pasukan Kuning muncul juara diikuti Merah, Biru dan Hitam.

Rata-rata pemain menunjukka­n semangat juang tinggi walaupun kemenangan bukan perkara utama sebaliknya masing-masing mahu menerapkan semangat tolong-menolong bagi menjayakan program amal itu.

Penganjur yang juga ketua PIBG SKKCB, Azizan Hamid berkata, kelancaran program dibantu semangat to-

long-menolong semua belia KCB yang hadir walaupun ia dilangsung­kan dengan tempoh singkat.

“Program kali kedua ini dibuat bagi membantu golongan yang memerlukan di kalangan warga KCB,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Azizan sendiri dan terdahulu, AJK PIBG SKKCB, Hasnor Faris Borhan menyampaik­an sumbangan derma kilat sebanyak RM2,600 kepada bapa Nurafrina, Mohd Effandi.

 ??  ?? SEBAHAGIAN belia KCB yang mengambil bahagian bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan.
SEBAHAGIAN belia KCB yang mengambil bahagian bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia