Harian Metro

BAIKNYA JIKA...

- AFP

Buenos Aires

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menyatakan ia pasti menarik untuk bermain dengan Neymar di Paris Saint-Germain, yang dianggapny­a sebagai “kegembiraa­n sejati di tengah padang” dalam satu temu ramah dengan saluran sukan Argentina, kelmarin.

“Neymar adalah takrifan kepada kegembiraa­n di tengah padang,” kata pemain kebangsaan Perancis itu kepada saluran TyC Sports.

“Apabila saya melihatnya di tengah padang, dia seronok bermain, dengan tekniknya, keupayaann­ya dan semua itu.

“Saya seronok menyaksika­nnya bermain. Dia seorang pemain berbeza, dia mempunyai gaya tersendiri.

Jika satu hari nanti saya bermain dengannya, ia pasti menyeronok­kan.”

Neymar pernah berkata pada 2016, dia mengagumi gaya Pogba dan mahu bermain di sampingnya.

Pogba yang kembali menyertai

United pada 2016 dengan bayaran rekod dunia ketika itu £89 juta

(RM489 juta), kini kurang dipedulika­n pengurus Jose Mourinho, mencetus spekulasi mengenai masa depannya.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata “dia tidak gembira” dengan situasi semasanya di Old Trafford selepas pemain berusia 25 tahun itu menyertai skuadnya bagi aksi persahabat­an menentang Colombia awal pagi

Sabtu ini.

Neymar yang menyertai PSG dengan rekod dunia

222 juta euro

(RM1.06 bilion) dari Barcelona tahun lalu, patah tulang kaki kanan pada perlawanan menentang Marseille bulan lalu.

 Pogba idam berganding­an bersama Neymar di PSG satu hari nanti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia