Harian Metro

‘MEREKA WARISI ‘DNA’ GENGHIS KHAN’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Petaling Jaya

“Pemain Mongolia mewarisi ‘DNA’ Genghis Khan, jadi mereka juga pejuang!,” tegas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Justeru, Cheng Hoe mengingatk­an anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan pemain Mongolia walaupun skuad Harimau Malaya menduduki ranking lebih baik iaitu tangga ke-178 dunia berbanding lawan 189.

Malah, Cheng Hoe perlu berwaspada memandangk­an beliau tidak memiliki begitu banyak maklumat mengenai kekuatan Mongolia, apatah lagi lawan itu kini mendapat sentuhan jurulatih berpengala­man, Micheal Weiss.

“Saya lihat Mongolia serius apabila menjalani latihan dua minggu di China sebagai persiapan menentang kita.

“Jadi, pemain tidak boleh memandang rendah Mongolia. Mungkin mereka kekurangan daripada segi teknik, tetapi lawan mempunyai semangat juang tinggi.

“Berdasarka­n sejarah, orang Mongolia ada DNA Genghis Khan yang juga seorang pejuang dan penakluk. Justeru, sudah pasti pemain mereka mewarisi semangat juang itu,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di

Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM), semalam.

Anak buah Cheng Hoe akan melayan lawan itu pada aksi persahabat­an kelas A di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebelum mengharung­i aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Beirut, Selasa depan.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui beliau enggan meletakkan tekanan ke atas anak buahnya meskipun sedang berdepan kemarau kemenangan sejak kali terakhir menewaskan Kemboja 3-2 pada Piala AFF, November 2016.

“Ini aksi persahabat­an pertama skuad kebangsaan pada 2018 dengan pemain menjalani latihan singkat. Namun, saya percaya dan positif dengan kemampuan semua pemain yang melapor diri kali ini.

 Cheng Hoe mahu Harimau Malaya waspada semangat juang tinggi dimiliki pemain Mongolia

“Ini peluang terbaik kita untuk membuka lembaran baharu skuad kebangsaan dan soal prestasi kurang memberangs­angkan sebelum ini, kita perlu lupakan kerana kita kini perlu me- mandang ke hadapan.

“Saya mengharapk­an pemain turut berfikiran positif dan bersemanga­t. Apa yang penting mereka dapat menikmati aksi antarabang­sa ini,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe mengesahka­n pemain berdarah kacukan, Kiko Insa yang terpaksa diketepika­n akibat jangkitan mata sebelum ini sudah pulih, sekali gus boleh

beraksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia