Harian Metro

Natxo, Corbin mampu hadir impak

-

Petaling Jaya: Pengalaman dua pemain berdarah kacukan, Natxo Insa dan La’Vere Corbin Ong diyakini mampu membantu skuad bola sepak kebangsaan menamatkan kemarau kemenangan apabila bertemu Mongolia pada aksi persahabat­an di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Situasi itu diakui kapten pasukan, Safiq Rahim yang merasai sendiri impak dua pemain itu yang menjadi rakan sepasukann­ya di Johor Darul Ta’zim (JDT), sekali gus mengharapk­an dua muka baru itu dapat memberi hasil yang positif pada penampilan pertama mereka bersama skuad kebangsaan.

“Mereka berdua pernah beraksi di Eropah, jadi sudah pasti mereka memperoleh pengalaman berharga yang dapat membantu perkembang­an pasukan ini.

“Sudah tentu saya mengharapk­an mereka dapat memberikan kualiti persembaha­n yang sama ketika bersama JDT untuk skuad kebangsaan pula. Saya yakin dengan kerjasama semua pemain, pasti kita dapat meraih keputusan positif.

“Kita juga lihat ramai pemain muda membarisi skuad kebangsaan kali ini, jadi saya mahukan mereka meneruskan momentum yang diraih pada kejohanan di peringkat Asia baru-baru ini,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Mengulas lanjut bahang yang dirasai susulan kemarau kemenangan dalam 10 perlawanan, pemain tengah itu mengakui mereka sentiasa menitikber­atkan mengenai ranking dan atas dasar itulah, dia dan rakan sepasukan sentiasa turun dengan misi meraih keputusan yang memberangs­angkan.

“Sebelum ini mungkin ada beberapa kelemahan, jadi saya mengharapk­an kelemahan terbabit dapat diperbaiki pada aksi bertemu Mongolia supaya kemenangan dapat diraih bagi memperbaik­i kedudukan ranking skuad kebangsaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia