Harian Metro

Weiss pertaruh taktikal terbaik

-

Petaling Jaya: Pengendali Mongolia, Micheal Weiss memberi amaran pasukannya sedia memalit satu lagi episod duka buat skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabat­an kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Jurulatih kelahiran Jerman itu dilihat memiliki banyak pengetahua­n mengenai skuad Harimau Malaya, sekali gus mempunyai ramuan terbaik untuk mengecewak­an skuad bimbingan Tan

Cheng Hoe itu yang sudah berdepan kemarau kemenangan dalam 10 perlawanan.

Namun, kemasukan beberapa pemain baru dalam skuad Harimau Malaya membuatkan Weiss ‘tersentak’ seterusnya mengakui beliau perlu lebih berhati-hati dalam mencorak taktikal terbaik untuk melakukan kejutan.

“Walaupun memiliki beberapa maklumat mengenai skuad kebangsaan dan bola sepak Malaysia juga tidak asing buat saya, tetapi agak sukar saya membuat jangkaan mengenai perancanga­n mereka nanti.

“Tambahan pula mereka ada dua adik beradik Sepanyol (Natxo dan Kiko Insa) serta pertahanan kiri baru, La’Vere Corbin Ong, jadi itu membuatkan Malaysia menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan esok.

“Bagaimanap­un, kita ada menjalanka­n beberapa kajian khususnya membabitka­n perlawanan terbaru Malaysia ketika menentang Korea Utara dan Hong Kong, baru-baru ini.

“Apapun, persiapan sudah dijalankan dan yang penting pemain memberi idea serta tidak bergantung kepada hantaran jauh, sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada pasukan lawan,” katanya.

Sementara itu, kapten Mongolia, Turbat Daginna mengakui dia dan rakan sepasukan berdepan halangan untuk melakukan persiapan terbaik kerana musim sejuk di negara mereka.

“Pasukan kami dibarisi pemain separuh profesiona­l. Ada pemain kami yang masih lagi belajar dan ada yang sekadar menjadikan bola sepak sebagai hobi mereka.

“Mongolia kini sedang mengalami musim sejuk, jadi kita tidak dapat berlatih dengan sempurna. Mujurlah kami sempat menjalani latihan di China selama dua minggu dan kami yakin dengan persiapan yang dilakukan setakat ini,”

katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia