Harian Metro

Waspada ancaman FELDA ‘Susahlah kami nanti’

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my Suzalina Halid suzalina@bh.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Ulangan suku akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Itu reaksi jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim selepas anak buahnya sekali lagi terpaksa bertemu FELDA United di suku akhir Piala FA musim ini.

Pada pertemuan tahun lalu, PKNP tumpas 4-5 menerusi agregat hasil kemenangan 3-1 di tempat lawan tetapi tewas 1-4 di Stadium Shah Alam yang menjadi gelanggang rasmi mereka.

Bagaimanap­un, Bakar mengaku tahun ini barisan pemain FELDA United lebih mantap dengan keserasian campuran pemain import, pemain naturalisa­si dan pemain tempatan.

“Ia terbukti apabila pasukan itu belum kalah dan mendahului Liga Perdana,” katanya.

Begitupun, kejayaan mara ke saingan suku akhir Piala FA buat kali kedua melonjakka­n semangat pemain PKNP FC.

“Justeru, pemain akan tetap memberi saingan dan cuba sedaya upaya memberi tentangan kepada FELDA United. Saya harap pemain bersedia dan fokus untuk menghadapi asakan serangan lawan,” katanya. Bakar berharap barisan pertahanan PKNP FC mampu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Mereka mempunyai jentera serangan paling berbisa dan kami pasti mengundang padah jika sambil lewa dan melakukan kesilapan,” katanya.

Exco Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Suraya Yaacob meminta supaya Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak melepaskan jawatan sebagai presiden badan induk kebangsaan itu demi kepentinga­n pembanguna­n bola sepak wanita negara.

Suraya berkata, banyak perancanga­n yang ingin dilaksanak­annya sepanjang tiga tahun di bawah pentadbira­n Tunku Ismail demi memartabat­kan skuad bola sepak wanita yang kini berada di tangga 75 dunia.

Justeru, beliau berkata, khidmat Tunku Ismail dalam FAM amat signifikan kerana kepakarann­ya diperlukan untuk membantu memberi pendedahan buat skuad yang kini dilatih bekas pengendali Majlis Sukan

(gambar)

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, PKNS FC dan PKNP FC menjadi pilihan jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA musim ini.

Keputusan undian suku akhir yang mempertemu­kan Kuala Lumpur-Selangor, PKNS FC-Perak, Pahang-JDT dan PKNP FC-FELDA United itu menjanjika­n perlawanan sengit.

Sambil menganggap pertembung­an JDT-Pahang paling menarik serta seumpama perlawanan akhir, Irfan berkata, agak sukar untuk beliau membuat pilihan kerana keupayaan kedua-dua pasukan hampir setara.

Namun, faktor kekuatan menyeluruh dimiliki JDT serta kecederaan penyerang utama Pahang, Francis Forkey Doe yang memerlukan rehat panjang memberi sedikit kelebihan kepada skuad Harimau Selatan. India Malaysia-Persatuan Bolasepak India Malaysia (MISC-MIFA), Jacob Joseph.

“Kita merayu supaya Tunku Ismail tidak melepaskan jawatannya berikutan unit bola sepak wanita masih memerlukan baginda kerana banyak perancanga­n yang ingin kita laksanakan di bawah pucuk pimpinan baginda.

“Ini kerana sejak Mac 2017 lalu, baginda banyak memberi galakan dan sokongan tinggi terhadap bola sepak wanita dan kami ingin memantapka­n pasukan kebangsaan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Ismail yang mahu meletakkan jawatan susulan kejatuhan ranking skuad kebangsaan.

Pada masa sama, Suraya berkata, di bawah jurulatih Jacob, pihaknya merancang untuk menghantar skuad bola sepak wanita bawah 16 tahun ke Indonesia bagi pertanding­an AFC, Mei depan.

Beliau berkata, selain itu, skuad bawah 15 tahun pula akan ke Hong Kong dalam masa terdekat bagi menyertai kejohanan jemputan. “Apa yang kita lakukan kini adalah untuk memberi pendedahan buat skuad bola sepak wanita yang kebanyakan­nya pemain baru. Hingga kini, kita mempunyai 15 pemain baru dan sedang mencari bakat lain untuk menguatkan lagi pasukan

 Suraya mohon Tunku Ismail kekal, masih banyak perancanga­n untuk bola sepak wanita negara belum terlaksana

terutamany­a ketika menentang lawan di dua perlawanan yang kita fokus sekarang,” katanya.

Selain itu, Suraya berkata, FAM juga akan menganjurk­an Liga Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah pada Ogos ini atas persetujua­n Tunku Ismail.

Katanya, Fifa Girls Soccer Grassroot di Stadium Mini Pendang juga akan dianjurkan Sabtu ini bagi mencungkil bakat baru.

“Pelbagai perancanga­n yang kita akan laksanakan dengan sasaran untuk menaikkan kedudukan sekurang-kurangnya di peringkat Asean... seperti kita tahu skuad negara menduduki tangga tercorot di Asean dan kita mahu sekurang-kurangnya pasukan ini berdiri sama kuat dengan negara lain.

“Justeru, dalam tempoh tiga tahun ini, sokongan daripada Tunku Ismail adalah amat penting bagi memastikan semua program yang kita rancangkan dapat direalisas­ikan,” katanya.

 ??  ?? AKSI import PKNP Gisung Yeon (kiri) ketika menentang Kuantan FA.
AKSI import PKNP Gisung Yeon (kiri) ketika menentang Kuantan FA.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia