Harian Metro

Empat terbaik pilihan Irfan

-

“Jurang antara kedua-dua pasukan itu terlalu kecil namun JDT dengan lima import serta dua pemain naturalisa­si lebih mantap. Ketiadaan Forkey Doe pasti merencatka­n jentera serangan Pahang,” kata jurulatih berpengala­man itu.

Beliau turut meramalkan PKNP mampu melakukan kejutan ke atas FELDA United sekalipun skuad bimbingan B Sathianath­an itu belum mengalami sebarang kekalahan sepanjang musim ini.

“Tidak dinafikan FELDA memiliki dua penyerang hebat - Thiago Augusto (Fernandes) dan Gilberto (Fortunato). Namun kelemahan mereka adalah di bahagian tengah.

“Jika jurulatih PKNP, Abu Bakar (Fadzim) bijak menyusun strategi serta pandai mengeksplo­itasi kelemahan lawannya itu, mereka mampu melakukan kejutan,” ujar Irfan.

Perubahan drastik Selangor sejak dibimbing Nazliazmi Nasir memberi keyakinan kepada Irfan untuk memilih Red Giants sebagai satu lagi calon ke separuh akhir berbanding lawannya, Kuala Lumpur.

“Saya nampak perubahan ketara Selangor ketika mereka mengalahka­n kami 3-1 pada pusingan ketiga Piala FA, minggu lalu. Mereka bermain sebagai satu pasukan malah pemain diberi kebebasan untuk mencorakka­n permainan,” katanya.

Irfan juga tidak sangsi dengan kemampuan PKNS untuk mengetepik­an cabaran Perak kerana pasukan kendalian Datuk K Rajagobal itu lebih mantap dan konsisten.

“Kunci utama PKNS adalah bahagian tengahnya yang dikemudi pemain import berjersi nombor 21 (Romel Ramirez) dan nombor 19 (Jonatan Acosta), ditambah dengan Mahali Jasuli dan pemain Singapura, Faris Ramli.

“Perak pula walaupun pernah mengalahka­n Selangor 3-0 pada Liga Super dan menewaskan Pulau Pinang 3-1 semasa pusingan ketiga Piala FA, namun persembaha­n mereka tidak konsisten,” kata Irfan.

 ?? Irfan Bakti Abu Salim ?? Ketiadaan Forkey Doe pasti merencatka­n jentera serangan Pahang”
Irfan Bakti Abu Salim Ketiadaan Forkey Doe pasti merencatka­n jentera serangan Pahang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia