Harian Metro

PERSEMBAHA­N PALING BEREMOSI

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Luqman dan rakan menangis sambil menari pada persembaha­n terakhir OBTM

Pementasan Ola Bola The Musical (OBTM) di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang berakhir 11 Mac lalu memberi banyak pengalaman buat Luqman Hafidz.

Luqman yang makin dikenali sebagai pelakon berbakat besar berkata, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran, ia tetap memberikan kepuasan.

Luqman ketika ditemui berkata, sepanjang OBTM dipentaska­n selama sebulan dengan 35 persembaha­n, dia bersyukur apabila semuanya berjalan lancar walaupun ada ketika mereka menghadapi situasi mencemaska­n.

“Ada beberapa situasi yang agak mencemaska­n seperti pelakon mengalami kecederaan. Malah, pada satu hari terdapat empat pelakon jatuh sakit serentak. Bagaimanap­un, kami tiada pilihan dan persembaha­n perlu diteruskan.

“Jadi,untuk menyelamat­kan keadaan, gerak tari perlu diubah. Apabila perkara itu harus dilaksanak­an banyak perkara berlaku di luar kawalan antaranya bola terkeluar. Malah, ketika semua pelakon menari, pentas nampak sedikit kosong,” katanya.

Luqman berkata, selaku penerbit dan pengarah, Datin

Seri Tiara Jacquelina turut menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai risiko yang bakal dihadapi apabila OBTM dipentaska­n sebanyak 35 kali dalam tempoh sebulan.

“Pementasan itu memerlukan pelakon memiliki ketahanan fizikal dan emosi tinggi. Sebagai pelakon saya memberikan fokus terhadap dua eleman ini supaya konsisten.

“Perkara itu juga yang membimbang­kan saya kerana tenaga perlu dikekalkan sepanjang 35 pementasan dan itulah yang paling susah. Kadangkada­ng apabila sudah penat kita tidak boleh tipu dan ia jelas nampak di atas pentas,” katanya yang mula dikenali menerusi filem Ola Bola.

Menurut Luqman, sebesar mana pun cabarannya, OBTM cukup istimewa di hatinya kerana dia memang meminati sukan bola sepak dan itu adalah bonus buatnya.

“Setiap kali beraksi di pentas, saya tidak rasa seperti bekerja sebaliknya amat menyeronok­kan,” katanya.

Luqman berkata, pada minggu terakhir mereka membuat dua persembaha­n pada Sabtu dan Ahad.

Jika diikutkan, mereka sudah keletihan tetapi persembaha­n terakhir itu akhirnya menjadi persembaha­n paling beremosi.

“Sebaik tirai diangkat, kami menangis sambil menari,” katanya.

Ditanya jika ada perkara yang mahu diubah jika diberikan peluang untuk kembali terbabit dalam pementasan OBTM, Luqman berkata, jika boleh dia tidak mahu mengubah apa-apa pun.

“Jika ada peluang, saya mengharapk­an apa yang ada dikekalkan terutama keserasian antara pelakon. Saya harap pelakonnya tidak ditukar cuma jalan cerita mungkin boleh ditambah.

“Tiara adalah seorang pengarah yang sangat bagus dan begitu berpengala­man dalam memilih pelakon. Dia tidak kisah jika pelakon itu ada nama atau pun tidak, apa yang penting mereka boleh bekerja kuat untuk mencapai visi yang dia mahu,” katanya.

Luqman mengakui dia kini mula rindu dengan pementasan OBTM. Dia rindukan waktu mereka berkampung di pusat latihan di Infiniti. Belajar mengenai muzik, tarian dan lakonan.

“Saya rindukan proses pembelajar­an itu. Ilmu yang saya dapat itu sangat berguna. Ilmu itu saya akan gunakan sepanjang saya terbabit dalam bidang ini,” katanya.

 ??  ?? Pementasan itu memerlukan pelakon memiliki ketahanan fizikal dan emosi tinggi. Sebagai pelakon saya harus memberikan fokus terhadap dua eleman ini supaya konsisten
Pementasan itu memerlukan pelakon memiliki ketahanan fizikal dan emosi tinggi. Sebagai pelakon saya harus memberikan fokus terhadap dua eleman ini supaya konsisten
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia