Harian Metro

Iktibar kecekalan Siti

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penantian 11 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, untuk memiliki cahaya mata mereka berdua bukan tempoh yang singkat.

Jadi, tidak hairanlah jika berita kelahiran puteri sulung mereka Isnin lalu diraikan dalam suasana yang cukup gembira baik dalam kalangan ahli keluarga, rakan terdekat, artis, media dan peminat.

Namun, seperkara yang dapat dipelajari daripada perjalanan Siti, 39, untuk memiliki zuriat sendiri adalah kesabaran dan sentiasa berusaha tanpa jemu.

Sejak Siti mengambil keputusan berehat dalam bidang nyanyian April lalu, pelbagai spekulasi timbul terutama membabitka­n kehamilann­ya.

Seperti yang sering diungkapka­n Siti, dia meminta semua pihak bersabar terutama media yang jika ada perkara dan berita gembira akan dikongsi dan berlaku adil untuk semua.

Pada Oktober lalu, jemputan daripada pihak Siti untuk hadir ke kediamanny­a menjawab segala persoalan apabila Siti mengumumka­n dia hamil empat bulan.

Sejak itu, hampir setiap hari Siti dihujani ucapan tahniah dan berdoa semoga urusan kelahiran dipermudah­kan.

Peminat Siti juga tidak sabar untuk melihat kehadiran Siti Nurhaliza Junior yang digelar ‘Malaysian Sweet Heart’.

Apa yang pasti, kehadiran bayi perempuan yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra untuk pasangan itu sedikit sebanyak memberi inspirasi buat wanita lain yang senasib dengan Siti.

Pengurus Siti, Rozi

Abdul Razak berkata, dia menyaksika­n bagaimana kecekalan penyanyi itu berusaha memiliki anak.

“Sebagaiman­a semua orang tahu, Siti sangat menyukai bayi dan kanak-kanak. Ke mana saja dia pergi dan berjumpa anak kecil atau dalam kalangan anak saudaranya sendiri, memang nampak dia seorang yang sangat menyayangi kanak-kanak.

“Sebagai isteri, tentu saja dia inginkan cahaya mata sendiri. Jadi sepanjang tempoh dia belum dikurniaka­n anak, jelas pada air mukanya penuh pengharapa­n dan impian setiap kali dia dengar berita orang hamil atau dapat bayi. Walaupun dia gembira untuk orang lain, tetapi jauh di sudut hatinya tidak ada siapa tahu.

“Apabila dia selamat bersalin, perkara ini sebenarnya memberi dan membuka inspirasi luas

Ketabahan penyanyi tersohor

beri inspirasi buat wanita lambat dapat zuriat

kepada wanita lain yang belum diberikan rezeki memiliki zuriat. Pada masa sama, tetap berusaha.

Ini kerana rezeki yang

Allah nak beri mungkin mengambil masa dan kita tidak tahu.

“Siti seorang yang sentiasa berusaha dan tidak pernah putus asa untuk mendapatka­n cahaya mata. Rentetan untuk mendapatka­n anak ini bukan satu proses yang singkat. Saya melihat prosesnya banyak kali dan pengorbana­nnya membuatkan saya terharu. Jadi, apabila Siti dikurniaka­n anak saya berharap ia menjadi inspirasi kepada semua wanita yang berusaha ke arah ini,” katanya.

Mula bekerja November ini

Ditanya sama ada wajah anak Siti bakal ditayangka­n dalam video muzik lagu Comel Pipi Merah, Rozi berkata, perkara itu dalam proses pembikinan. menyeluruh,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni Siti, berita baik untuk peminat apabila Siti bakal aktif semula dalam bidang nyanyian bermula November ini.

Menurut Rozi, keputusan itu dibuat Siti sendiri apatah lagi sudah hampir setahun tidak menghiburk­an peminat dalam mana-mana program atau persembaha­n.

“Siti sudah berpesan yang apa saja aktiviti atau persembaha­n boleh diatur bermula hujung tahun ini. Malah Siti sendiri agak selesa untuk memulakan tugasan besar pada November atau Disember.

“Cuma, bermula saat ini sehingga Oktober, Siti ingin berehat dan memberi fokus kepada anak. Cuma jika membabitka­n perniagaan dia memberi sedikit kelonggara­n. Namun, ia dibuat selepas habis tempoh berpantang. Sementara selepas bulan ketujuh baru kita aturkan aktiviti lain,” katanya.

 ??  ?? SITI bersama suami sebelum memasuki bilik pembedahan.
SITI bersama suami sebelum memasuki bilik pembedahan.
 ??  ?? SITI bersama pengurusny­a
Rozi.
SITI bersama pengurusny­a Rozi.
 ??  ?? SITI bersama ibunya (dua dari kiri) dan ibu mentuanya (kanan).
SITI bersama ibunya (dua dari kiri) dan ibu mentuanya (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia