Harian Metro

MATIC PENTAS FESTIVAL PUISI

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Penyair Malaysia, Indonesia bakal meriahkan acara

Meja Poedjangga Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTic) Kuala Lumpur akan menganjurk­an Festival Nada Puitika - Sebuah Muzikalisa­si Puisi pada 31 Mac ini.

Penyair dan penyanyi lagu puisi, Umar Uzair berkata, festival itu diwujudkan sebagai sebuah festival puisi, muzik dan penggayaan.

“Saya akan bekerjasam­a dengan deklamator kebangsaan, Lin Haslinaz, Shirley Idris dan Orkestra Tradisiona­l Anak Kayan dari Pahang.

“Penyair belia dari Banten, Indonesia iaitu Muhammad Rois Rinaldi bersama penyair tempatan seperti Shamsudin Osman, Aina Nabila dan Athan 6th Sence turut meriahkan acara,” katanya turut bertindak sebagai pengarah projek.

Penerima anugerah Penyair Muda Asean 2015 ini berkata, objektif acara adalah untuk meraikan semangat positif dan kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Umar berkata, acara ini akan dibahagika­n kepada tiga slot iaitu Puitika yang juga perbincang­an santai mengenai sastera.

Seterusnya slot Di Balik Bangku Tukang Gunting oleh Bratz & Co yang membawakan dialog, selain pertunjuka­n gaya rambut dan menyingkap kreativiti tukang gunting.

“Kemuncakny­a pada sebelah malam melalui Konsert Nada Puitika apabila penonton akan disajikan dengan deklamasi puisi, muzik, nyanyian dan pecahan teater.

“Selain itu diadakan pelancaran karya keenam saya, Kumpulan Puisi Pascamoden - Pujangga Bujang Lara . Ia bersesuaia­n dengan semangat dan kualiti seni dikehendak­i menjelang sambutan KLBaca 2020,” katanya.

Umar berkata, acara ini bertitik tolak dari kejayaan Konsert Puitika Pujangga 2017 di Istana Budaya April tahun lalu dan Festival Puitika Penang 2017 di Georgetown.

Menurutnya, ia diadakan sebagai langkah menghargai pembabitan belia dalam usaha memperkasa­kan bahasa Malaysia dan sastera serta kesusaster­aan dari peringkat awal serta pembabitan masyarakat.

Program ini disimpulka­n sebagai kesinambun­gan tradisi yang berteraska­n kepada sastera yang jelas dan unggul.

Ia diwujudkan dalam bentuk persembaha­n, muzik dan pembacaan puisi untuk memacu pembanguna­n seni budaya dan kesusaster­aan untuk menghargai pejuang bahasa dan sasterawan negara.

“Nada Puitika diadakan sebagai meningkatk­an apresiasi yang berkekalan oleh golongan korporat dan syarikat swasta terhadap ketokohan dan kesenian tradisi Melayu supaya terus dikenali dengan baik buat khayalak masyarakat, pengkaji serta sarjana seni, budaya dan sastera, khususnya,” katanya.

Festival Nada Puitika Sebuah Muzikalisa­si Puisi akan bermula pada jam 3 petang hingga 11 malam.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Pengarah Istana Budaya Datuk Juhari Sharaani (dua dari kiri) dan Saseterawa­n Negara Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah @ Kemala (dua dari kanan) merasmikan dengan menunjukka­n kain rentang Konsert Puitika Pujangga. Turut hadir Umar (kiri) dan Shirley...
KETUA Pengarah Istana Budaya Datuk Juhari Sharaani (dua dari kiri) dan Saseterawa­n Negara Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah @ Kemala (dua dari kanan) merasmikan dengan menunjukka­n kain rentang Konsert Puitika Pujangga. Turut hadir Umar (kiri) dan Shirley...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia