Harian Metro

Lapan peserta mara

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mentor umumkan protege masing-masing untuk rebut wang tunai RM100,000

Minggu pertama program realiti Mentor Otai menyaksika­n lapan daripada 12 protege mara ke peringkat seterusnya.

Mentor Misha Omar mengumumka­n Azran dan Elvira sebagai protogenya.

Penyanyi Siti Sarah memilih Alina dan Ayie, manakala Tam Spider mengambil keputusan mengambil Azril dan

Wan sebagai anak didiknya.

Zarul Husin yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri seni pula memilih Azee dan Lokman.

Mulai Ahad ini, lapan protege berkenaan akan berebut hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang tempat kedua akan membawa pulang RM50,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000.

Persembaha­n protege setiap minggu akan diadili juri tetap yang mempengaru­hi 50 peratus markah keseluruha­n mereka.

Sebanyak 20 peratus markah daripada juri awam dan 30 peratus lagi undian dalam talian menerusi laman web www.xtra.com.my.

Protege yang mempunyai markah terendah pada akhir konsert mingguan akan berdepan penyingkir­an.

Program ini menampilka­n penyanyi Mark Adam dan dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Penyampai radio

Hot FM, Haziq Hussni berganding­an dengan selebriti Elly Mazlein untuk mengendali­kan Mentor Otai yang bersiaran langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Mentor Otai juga boleh disaksikan di portal video nombor satu negara tonton, www.tonton.com. my.

 ??  ?? AZRIL
AZRIL
 ??  ?? ELVIRA
ELVIRA
 ??  ?? LOKMAN
LOKMAN
 ??  ?? WAN
WAN
 ??  ?? ALINA
ALINA
 ??  ?? AYIE
AYIE
 ??  ?? AZEE
AZEE
 ??  ?? AZRAN
AZRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia