Harian Metro

ARTIS DUDA JUMPA cinta di Indonesia

-

Selepas gagal dalam perkahwina­n lalu yang hanya mampu bertahan kurang setahun, SS dapat tahu artis lelaki ini sudah menemui cinta baru di Indonesia.

Kata teman SS, cinta barunya ini seorang model jelita yang baru berusia 17 tahun dan agak popular di negara itu.

Ada juga teman SS cuba merisik bagaimana cinta mereka berdua ini mula berputik?

Dedah teman SS lagi, artis terbabit didakwa bertemu model itu ketika kunjungan pertamanya ke sana atas urusan perniagaan.

Dengarnya, artis itu bakal ke sana lagi untuk bertemu keluarga model berkenaan. Tidak pastilah pula sama ada pertemuan itu adat merisik atau sekadar mahu berkenalan dengan keluarga cinta hatinya.

Andai benar dakwaan teman SS ini, rasanya lebih baik kita tunggu saja perkembang­an selanjutny­a daripada artis itu ya!

SS: Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’. Kasihan pun ada tatkala mendengar perkongsia­n teman SS mengenai produser ini yang ‘tadah muka’ sendiri untuk ditemu ramah teman media.

Pada awalnya produser itu bertegur sapa dengan rakan media yang hadir ke acara hiburan yang dianjurkan­nya.

Ketika itu, rakan media SS baru selesai menemu ramah seorang artis dan produser ini dengan muka tak malu ‘menempek’ di sisi teman SS dengan harapan ditemu ramah rakan SS.

Walaupun teman SS sudah beri isyarat tidak mahu menemurama­hnya, dia tetap tersenyum kambing di sisi teman SS.

Kata teman SS, suasana ketika itu agak canggung kerana tidak ada teman media lain mahu menemurama­hnya kerana memang tiada keperluan pada ketika itu.

Mungkin sebab ramai teman SS tidak berapa layan, barulah dia berlalu pergi, itu pun selepas ada tetamu lain menegurnya untuk bergambar.

SS: Bak kata satu lagi pepatah lama, hidung tak mancung, pipi tersorongs­orong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia