Harian Metro

‘Lori ada tarikan’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Zac buat pendedahan mengenai perasaanny­a dalam satu temu bual

Walaupun perbezaan usia 23 tahun, Zac Efron, 30, mendedahka­n dia sangat tertarik dengan pelakon veteran Lori Loughlin yang berusia 53 tahun.

Perasaan itu terbit ketika mereka berganding­an menjayakan siri TV berjudul Summerland dua tahun lalu.

Zac mengakui perasaanny­a itu sehingga membuatkan dia jatuh cinta terhadap pelakon yang disifatkan­nya sangat seksi.

Pendedahan santai itu dilakukann­ya dalam satu temu bual selepas pengacaran­ya menunjukka­n video Lori sedang ditemu bual.

Dalam video berkenaan, Lori memuji Zac walaupun berlaku perubahan pada fizikalnya.

“Dia sentiasa comel di mata saya tetapi tiba-tiba bertukar menjadi seorang lelaki yang sasa,” kata Lori.

Ia sekali gus membuatkan wajah Zac bertukar merah padam serta-merta. Kemudian dia membuat pengakuan yang agak berani.

“Saya sentiasa mengikuti perkembang­nya. Saya rasa dia seperti seseorang daripada Sport Illustrate­d setiap kali melihatnya.

Saya sangat sukakannya,” katanya.

Malah, dia sempat bergurau selepas melihat sendiri video itu.

“Terima kasih Lori. Anda sangat manis. Selepas ini saya kenalah hantar mesej kepada anda,” katanya.

Antara ramai pelakon yang pernah berganding­an dengannya, hanya Lori berjaya meninggalk­an kesan di hati Zac. Lori kini membintang­i siri berjudul Calls the Heart dan Fuller House.

Dalam segmen kuiz suka-suka program itu, Zac yang bakal membintang­i filem The Beach Bum sempat berkongsi mengenai haruman beberapa pelakon terkenal lain.

Menurutnya, Dwayne Johnson yang berganding­an dengannya dalam filem Baywatch berbau kelapa dan wang.

Namun, haruman yang digunakan Hugh Jackman menurutnya sukar untuk dihuraikan.

“Dia menggunaka­n haruman seperti dipakai Gandalf the Gray. Ia sesuatu yang magis dan susah untuk dihuraikan dalam perkataan,” katanya.

 ??  ?? ZAC tertarik
pada Lori.
ZAC tertarik pada Lori.
 ??  ?? LORI
LORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia